Friday, 28 February 2014

Aiskrim dalam kelapa

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته




Pernah makan tak ? Tak kan ? Tahuu dah *gelak jahat*

Aiskrim dia pakai scoop yg kecik2 tuh tau , pastu ada hirisan kelapa muda , ditaburkan dengan kacang tanah , chocolate sprinkles pastu ada lah sebijik ceri hijau . Harga RM3.50 kot ? Tak ingat . Tapi memang berbaloi lah harga dengan kesedapannya .

Okey , nama saintifiknya aku taktau lah apa kan , tapi aku panggil AISKRIM DALAM KELAPA .
Aku makan nihh masa pergi Sg Golok aka Mundok kat Thailand tahun lepas . Kelas kauuuu nak letak Thai jugak tuhhh . Poyoo :P

SERIOUSLY SEDAP KEBABOM POM POM POM !
Kenyang tau makan aiskrim ni je . Takyah makan nasi seminggu dah lepastu . Diam kau lin , bohong je ehhhhh ! *jeling* Pakcik aku yg belanja . Mungkin sebab tu ah rasa sedap sgt kott ??

Oh well , aku ni pemalu sebenarnya tpi entah macam mana dengan selambanya aku mintak pakcik aku belanja aiskrim nihh sebab nampak ramai sangat manusia yg berkerumun beli . Rezeki kami lah dapat makan aiskrim nih , kalau lambat sikit memang tak dapat den nak merasa . 

Sekejap je aiskrim ni habis . Untung si penjual tuh , tak payah buka kedai lama2 .
Agak2 kalau aku pasarkan kat Johor ni laku tak ek ? Hmm *thinking* 

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Thursday, 27 February 2014

What did I do on last SPM nights ?

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Saje nak mengimbau kenangan lalu . Disebabkan last periksa besor kan , jadi aku ambik gambar2 ni buat kenangan gituhh . Almaklumlah , aku ni xpakai instagram bagai nihh , so update kt blog aje lah yerr . Pakai phone baling anjing je ponnnn , hahaa . 

Board kat meja belajar . Colourful gituhh ! Buat pembakar semangat yg kadang2 hilang .
Looking for JUSTICE ! Ehh ?

Semestinya ada buat last minute notes untuk lebih fahamkan lagi certain topics kann .

Jelly cocktail perhaps ? Mak yg buat , anakanda bertuah telan je .

Peneman setia nihh . Roti Butterscotch ! Didampingi dengan berbotol-botol air Anugerah .

Ni jadinya kalau buat revision Chemistry atas katil . Mesti kena ada something crunchy . *Krup krap krup krap* Kononnya lebih masyuk ah revision tuhh .

Jemput-jemput pemalas-tapi-sedap :P

Hoiiiiii . Derhaka dengan buku-buku SPM !
Cerita korea ape ntah . Yang pasal high school student jadi bapak and jaga baby yg dijumpai kat tempat sampah kott padahal bukan baby dia pun sebenarnya .
UPDATED ! Cerita Baby and Me . Cik Yus yang habaq . Syukran jiddan ya , Yus :)

Big Apple Donuts ! 

Dan lagi ?? Haih -,-

 Tafsir al-Quran dan air Anugerah . Berbotol-botol air Anugerah tuh .
Taktau kenapa rasa sedap . Mesti mak dah jampi kott ? Hahaa ,
Kalau boleh amalkanlah selalu yer adek2 , insyaAllah hati takdelah kacau bilau dok fikir soalan apa yg keluar nanti kan .

SPM/Any Exams Tips will be coming soon ! :)

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Kuih tayar

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sukacita dimaklumkan bahawa entry ini ditaip pada 12.16 tengah malam .

Sumber : Syeikh Google

Haih laaaaa . Tengah-tengah malam gini craving kuih ni lahh pulak . Mana nak cekau malam2 ni budak oi ! Nak craving pun patutnya kena pada time . Menjamu mata dengan tengok gambar-gambar kuih ni je lahh kekdahnya . *pasrah*

Haa sape tak tahu ni kuih apa ? Aku sumpah jadi tayar kang satgi . Hahaha .
Namanya kuih denderam . 
Tapi aku dengan adik-adik suka panggil dia as kuih tayar .

''Mak , nanti pergi pasar malam tuhh belikan kuih tayar tauu ! Beli banyak2 .''
''Adik , ni ada kuih tayar ! Kau lambat akak habiskan ...''

Kalau dah dapat kuih ni , satu mangkuk besor pun aku boleh habiskan sorang-sorang . Memang favourite gila ! Lagi-lagi dapat yg panas-panas , fulamak makin sedap lah kan . Pastu digandingkan pulak dengan milo beng tabur , nikmatttt !

Hoi , dah lin dah . ENOUGHHHH ! Takpayah nak buat orang kecur air liur . Esok pergi cari kuih ni . Beli at least RM5 okey . Siapa yg pandai buat kuih ni , rajin-rajinkan lah diri buat amal dengan pos kuih tayar ni secara free kat rumah aku . Hahaha , ok gurau je ;)

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Tuesday, 25 February 2014

Surah-surah pelindung

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Aku rasa it's a must share things kot . Benda baik , kita kongsi2 kan . Orang baca and amalkan , insyaAllah kita pun dapat tambah saham akhirat . Haaaa ! Tak sabau nak tau apa surah-surah yang boleh jadi protector kita ? Apaaaaaaa ? Dah tahu ? Takpe , nak share jugak ! *hentak kaki* Okey , sebenarnya kadang-kadang kita tak perasan pun kan sebenarnya surah-surah dalam al-Quran tu sendiri boleh jadi pelindung kita . Sebab ? Kononnya takde masa nak tadabbur makna ayat-ayat al-Quran yg sangat indah tuhh . 
Kannnnn ? *tunduk memandang tanah*

Alhamdulillah , mujur ada kitab tafsir al-Quran nihh . Hadiah daripada seorang sahabat :)
Kebetulan pula tadi blogwalking and terjumpa entry pasal surah-surah pelindung ni tadi . Jadi , dengan pantasnya buka lah al-Quran and check kesahihannya .



Sumber : Blog Kak Yuyu

Surah al-Fatihah melindungi diri daripada salah satu kemarahan ALLAH .

Surah Yaseen melindungi diri daripada dahaga di Hari Perhitungan .

Surah al-Waqi’ah melindungi diri daripada kepapaan dan kemiskinan .

Surah al-Mulk melindungi diri daripada azab kubur .

Surah al-Kauthar melindungi diri daripada ancaman musuh .

Surah al-Kafirun melindungi diri daripada mati dalam kekufuran .

Surah al-Ikhlas melindungi diri daripada munafik .

Surah al-Falaq melindungi diri daripada kecelakaan .

Surah an-Naas melindungi diri daripada bersangka buruk .

Jomlah sama-sama amalkan . Allah akan melindungi kita , insyaAllah .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...