Tuesday, 25 March 2014

Panduan untuk students lepasan SPM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Heloo hai ! Uhuk uhuk , lama tak update kan . Ada orang rindu ? Uihh perasan kau . Okey , tajuk tak boleh nak hebat lagi kan ! Ni ada lah se-coet panduan untuk students lepasan SPM mcm aku nihh . Aku rasa why not share benda yang kita tahu yang mungkin org lain taktau kan .

Comel pulak budak ni . Hehehe .

Lepas dapat result , benda yang patut buat ialah survey course yang sesuai , universiti etc . And i'm doing the same thing for sure . Actually , dari sebelum dapat result aku buat kerja-kerja tak bergaji nihh atas alasan aku nak cari passion aku . Nak tahu tentang course yang aku minat dengan lebih mendalam . Hah gitu . Jadi , pilihan aku dari sebelum SPM sampai lah dapat result SPM ialah Asasi Undang-undang . Ni pun sebab kaunselor sekolah cakap aku ada potensi amek course ni lah . Bila dah buat ujian minat kerjaya , personaliti , solat istikharah tu semua , aku memang dah yakin lah dengan minat aku ni . Mak ayah pun restu kan , so why not ?

Ni pendapat aku je lah . Kalau korang ada cara sendiri , ikut lah cara korang . Takkan aku nak paksa terima panduan aku yang marhaen ni . Oh yer , kalau korang still taktau minat korang ke apa-apa ke , boleh tanya aku . Kita borak-borak , insyaAllah kita cuba cungkil minat dan course apa yang korang boleh ambik nanti .

EMEL : nurhazlin_hussein@yahoo.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/hazlinhussein

Jangan malu jangan segan . Tanya je . Aku tak makan orang . Aku bukan cannibals , heh . Kita tolong sesama sendiri kan . Apa yang aku tau , aku share . Lagipun , aku memang ada cita-cita nak jadi kaunselor jugakk , tapi aku dahulukan cita-cita nak jadi lawyer . InsyaAllah . Tanya tau ! Tak tanya , korang yang rugi . Kalau rasa confuse ke apa ke , tanya je aku . Tanya tanya . InsyaAllah , aku bantu .

**********

1. Buat ujian minat kerjaya dan personaliti (dan yang sewaktu dengannya)
PENTING ! Ada orang yang taktau apa dia punya minat . So , sedikit sebanyak ujian-ujian macam ni boleh bantu korang kenali diri korang dan your passion . Selalunya , keputusan ujian memang tepat sebab we ourselves yang jawab soalan tuh tanpa ada peer pressure , blood pressure dan lain-lain pressure yang korang boleh nyatakan sendiri . Boleh KLIK SINI untuk buat ujian .

2. Tanya pendapat orang yang paling rapat/dekat dengan kita
Hah , yang ni bukannya korang tanya soalan macam ni tau ! ''Aku dapat result macam ni . Jadi course apa yang sesuai ?''  atau ''Result aku macam ni . Boleh tak kalau nak amek medic ?'' .
NO ! Orang taktau minat kau apa , and personaliti diri kau yang sebenar macam mana . Orang mungkin boleh bagi pendapat and tak semestinya kau kena amek bulat-bulat pendapat orang tuh . Kalau jadikan as guideline tu boleh lah :)
Berbalik pada panduan tadi , korang boleh tanya parents , siblings , kawan baik dan juga kaunselor . Sebab orang yang rapat dengan kita kenal kita especially parents kan . Mintak pendapat sajo . PENDAPAT SAHAJA tau ! Korang yang buat keputusan sebab kau yang paham diri kau sendiri . Buat persidangan meja bulat gituhh dengan orang yang korang rapat . Sebab i myself tanya mak ayah , hehee .

3. Minat (Cara lain selain buat ujian)
Ini tersangatlah penting tau kawan-kawan . If takde minat , mcm mana nak belajar dengan senyum dan hati gumbira umpama berada di awang-awangan . Heh . Cari minat korang ! Tolong cari . Jangan malas . Kalau taktau minat , buat ujian minat . Paling best , cakap depan cermin . Muhasabah diri . Okey ? Kalau nak cara lebih santai . Korang baring atas katil sambil fikir apa yang korang minat and so on . Dah buat ujian minat , tapi still xdpt cari minat korang ? Okey , tgok bwh ni . Aku dapat panduan nak cari minat ni dari akak senior , kak Syaza Nazura .







4. Tanya harapan ibu bapa
See ? Harapan . Korang boleh tanya harapan mak ayah . Yelah , kebanyakan mak ayah ada harapan yang tinggi bak gunung everest kat anak-anak diorang . Macam APG cakap la , ayat lebih kurang mcm ni  ''sejak dari dalam rahim ibu , parents dah decide nak anak jadi apa'' . Ada yang nak anak jadi doktor , lawyer , engineer , cikgu etc . Tanya diorang la , kalau boleh diorang nak korang jadi apa . If harapan diorang tu korang boleh tunaikan , just go with the flow . Kata lah mak ayah nak korang jadi doktor , lepastu korang punya result kurang layak untuk teruskan medic , bincang elok-elok dengan diorang . InsyaAllah , diorang paham je .

5. Minta restu ibu bapa 
PENTING . Dunya wal akhirah . Bila korang dah decide nak amek course apa , korang minta restu mak ayah . Sangat-sangat penting ! Sebab cikgu aku pernah share pengalaman dia sendiri , dia ni nk sangat jadi pilot sebab nak travel around the world . Mak dia tak bagi sebab dia nak anak dia jadi cikgu . Tapi , cikgu aku ni still nk teruskan juga cita-cita dia . Nak dipendekkan cerita , dia terlepas interview untuk masuk pilot and so on yang berkaitan dengan pilot laa . Lepastu dia terduduk kejap la kan , cita-cita terkubur mcm tu je .  Kebetulan , time tu ekonomi tengah tak stabil , kerja susah dapat . Dari situ dia baru sedar , restu mak ayah sangat penting  dan very useful . Jadi , konklusinya dia pun jadi cikgu dah sekarang . Cikgu Fizik dan Addmath :) So , minta restu mak ayah . Cakap dan bincang elok-elok . InsyaAllah dipermudahkan .

7. Buat research tentang course dan universiti-universiti 
Buat kajian dulu , baru lah decide nak amek ape . Ni tak . Nak amek asasi sains hayat kat UM , tapi awak lupa awak tu tak amek biology . Err taktau lah aku kalau ada uni yang tawarkan asasi sains hayat kat bukan budak sains . Sorry ah . Aku tak minat sains ni , sebabtu aku xbuat research pasal sains hayat dengan lebih mendalam . SPM pun terpaksa amek sains tulen sebab pihak sekolah yg tetapkan . Hah ! Search psal uni jugak . Sebab ada certain courses kat certain universities yang tak diiktiraf . Jangan sesuka hati je nak isi tau . Memang lambat sikit prosedur dia . Nak cek itu ini , semak qualified or not la tapi berbaloi ok . 

8. Semak syarat kelayakan
Kena . Mesti . Wajib . Bandingkan result korang dengan syarat kelayakan course yang korang nak mntk tuh . Kalau dh terang-terang tak layak , buatpe bersusah payah nak mohon ? Kang xpasal-pasal dapat harapan palsu . So , semak syarat kelayakan am universiti dan course yang korang nak . Jangan hentam kromo .

9. Jangan ikut kawan !
Hah , jangan ikut kawan pulak . Buat keputusan sendiri . Tak kisahlah korang tu kawan baik sehidup semati , tidur sebantal ke apa ke . Habis kalau dia ajak kau terjun bangunan , kau nak ikut ? Ini life dan future korang . Tak semestinya kau tak sama course dan uni dengan kawan baik kau , kau terus terputus hubungan kan ? KANNNNNNNNN ? Kalau ada kawan yg jenis ikut je kau buatpe , time buat keputusan mcm ni , nasihat dia elok-elok la . Ni kan future dia . Kau pun bukannya all the time akan ada dengan dia kan ? So , jangan ikut kawan . JANGAN ! Faham ke tak ni ??

9. Solat istikharah , solat hajat dan tawakaltu alallah
Last but not least . Solat istikharah . Mntak tolong dari Allah , that's the better way . Solat hajat supaya dipermudahkan urusan , diperkenankan niat etc . Tawakal tu penting , sebab korang dah berusaha sehabis baik kan ? :)


Boleh eh ? Easy language kan . Moga dipermudahkan urusan untuk semua , insyaAllah :) Harapnya panduan ni dapat tolong korang , tak sikit , banyak pun boleh . Heh .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Friday, 21 March 2014

My SPM 2013 result


Assalamualaikum and hello.

TAKUT --
NERVOUS --
And UN-DESCRIBE-ABLE !

''Diminta bekas pelajar SMK Kota Masai untuk tampil ke hadapan bagi memulakan acara pengumuman keputusan SPM 2013 .''
Muka cikgu-cikgu nampak gembira . Senyum seolah-olah telah digam pada setiap muka masing-masing . Kami , calon-calon SPM 2013 pulak sudah mula cuak , nervous , pucat and whatsoever .
I myself dah tak senang duduk . Air mata dah bertakung , tunggu masa je empangan nak pecah .
Emcee pulak buat saspens . Sengaja melengah-lengahkan masa .
Di manakah perginya penghayatan ''masa itu emas'' wahai cikgu ? Ok jangan marah naaaa

Nama pelajar-pelajar cemerlang aliran sastera diumumkan , dari 6A hingga straight A's iaitu 8 .
Kami tepuk tangan , tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu . Rasa nak nangis laju-laju . 
Sejurus selepas itu , kini tibalah masanya nama pelajar-pelajar cemerlang aliran sains diumumkan .
Sama seperti aliran sastera , dari 6A hingga ke 10A ^_^ (Campur2 eh gred A nye)
Dup dap dup dap dup dap . Degupan jantung meningkat sebanyak 360% . 
Satu demi satu nama disebutkan .

Tiba-tiba ,
''Pelajar cemerlang yang seterusnya . Dia merupakan bekas ketua pelajar SKOMAS . Nurhazlin binti Hussein ! Dia ni sangat tegas orangnya . Dengan cikgu-cikgu sekali dia berani marah . Saya pun takut .'' kata emcee majlis tersebut , Sir Rosman .

Dan persoalan aku ketika itu ialah :
1.Bekas ketua pelajar tu aku kan ?
2.Betul ke sir sebut nama aku tu ?
3.Slip aku ke yang dia pegang ?
4.Hazlin lain kot ?
5.Ehh nama aku ke ?
6.Tapi ada ke aku marah cikgu ? Saje je -_-

And , aku keluar and ambik slip dalam keadaan 1001 persoalan menyesak kat minda . Rasa tak percaya . 


Syukur alhamdulillah !!!!

Aku terus pergi kat tempat mak ayah aku . Aku dah tak peduli dengan suara cikgu yang suruh tunggu kat tepi untuk sesi bergambar beramai-ramai . Aku peluk . Untuk pertama kalinya , aku nangis kat bahu diorang . Huhuu . Aku rasa tak percaya . Sungguh ! Mak ayah cakap , ''Akak puas hati dengan result ni ? Lebih target kan ? Tahniah !''

Siapa yang tak puas hati ? Aku target 3A and subjek-subjek tambahan tu D . And aku taktau macam mana Akaun aku boleh A . Peliknya ! Rezeki dari Allah . Alhamdulillah ! Aku rasa , berkat aku study PA guna buku Cikgu Sila kott , hehee . What most important is , BM aku A+ , alhamdulillah ! Oh ya . Aku sangat sangat sangat tak suka dan tak minat sains . So , memang agak kureng lahh kan , hehee .

Aku tak sempat jumpa semua cikgu , sebab ayah dah lapar so dia nak balik makan .

Cikgu Julaiha (Kimia) - ''Awak sibuk-sibuk pun boleh dapat pelajar cemerlang . Bagus2 !''
Cikgu Hanisah (BM) - ''BM dah A+ tuhh . Jangan lupa belanja ayam !'' Eh ? KFC ke ?
Sir Rosman (Fizik) - ''Terima kasih hazlin . Tahniah !''
Teacher Lailey (Biology) - ''Tahniah hazlin ! Sye dh boleh tidor lena malam ni'' Heh .
Miss Farizah (English) - ''You got A for my subject !! Congratulations darling ! I'm proud of u''
Most of the teachers - ''Tahniah ! Teruskan usaha untuk lebih cemerlang dalam hidup dunya wal akhirah''

And many more wishes ! Tak tau nak tulis macam mana , ni mana yang aku ingat laa time tengah-tengah malam gini , hehehe . Banyak sgt wishes . Apa yang penting , kiranya berbaloi lah penat lelah yg telah dihadapi kan . Apa yang penting ialah keberkatan dan restu dari mak ayah dan cikgu-cikgu :)

Aku share keputusan aku bukan sebab aku nak riak ujub or takabbur . Tapi aku nak share momento gembira aku kat blog aku . Kalau ada yang rasa aku nak menunjuk-nunjuk , terpulang lah . Allah Maha Mengetahui niat setiap hambaNya .

Lepasni aku rancang nak mohon Asasi Undang-undang . Moga dipermudahkan segalanya , insyaAllah :)


Shawl coklat tu Zahidah , kawan dari darjah 1 .
Dia dapat straight A's tau . Tahniah beb ! Bangga aku sbg kawan kau dri kecik , hahha .
The one and only malay girl kat sekolah aku yg dpt perfect score .
Yang lagi 3 orang budak lelaki Chinese .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Monday, 10 March 2014

1st Contest by Blog Single is Better


Assalamualaikum.

Kindly click the banner to join yaa ^_^




Dia  : Weyh , kau tengah buatpe tuh ? Orang dah ready nak take our picture tau !
Aku : Ishhhhh kejap lahh . Aku nak delete dulu gambar yang kau ambik tadi . 
Dia  : Iye ? Pandai pulak kau guna DSLR nihh . Sejak bila ?
Aku : Alah , buat-buat pandai je lah . Unpaid photographer kita tu mesti nak amek gambar kita candid kan . 
Dia  : Haah lah . Brilliant jugak idea kau tuh . Tapi kannnnnn . Mana kura-kura ?
Aku : Apa yang kura-kura nya ? Makan kerepek pulak kau . 
Dia  : Kerepek mepek . Cepatlahh ! Alah delete gambar pun tak pandai ke ?
Unpaid photographer : One .....
Aku : Ehh cepat-cepat . Senyum-senyum !
Dia  : Aku dah lama ready , kau je yang lambat . Huh .
Unpaid photographer : Two .....
Aku : Bisinglah kau nihhh . Tu dah kiraan two dah tuhh . Senyum !
Unpaid photographer : Threeee . Smileeeeeeeee !

*tutup tirai lakonan*

Penganjur contest , izinkan saya menyingkap kisah persahabatan kami sedikit yer ? Hehee .

Saat aku terpandangkan banner contest ini . Satu sahaja imej yang terbias di minda . Hanya satu , tiada dua atau pun tiga , jauh sekali infiniti . Imej itu ialah sahabat dunia akhirat aku . Nur Syahira binti Sahak . Syahira , aku sayang kau sangat-sangat . Wallahi ! Padahal masa mula-mula aku nampak dia masa Form 1 , dia lah orang yang paling aku benci . Dia lah orang yang paling aku tak suka . Dia lah orang yang paling aku menyampah nak hadap . Tapi , sejak hujung-hujung Form 2 , kami mula rapat . Aku rasa macam kelakar jugak bila kami sama-sama imbas balik ''zaman kebencian'' dalam kelas time cikgu tak masuk tuh masa kami Form 3 , Form 4 dan Form 5 . Bila segmen imbas kembali menjelma , CONFIRM kami akan ketawa terbahak-bahak . Yelah , orang yang paling dibenci end up as best friend forever ! Hahaha .

Dia suka korea . In fact , dia kpoppers ! Tapi aku ? Hahaha . Dia hasutlah aku macam mana pun , aku tetap tak tergoda dengan kpop dia . At the end of the schools day , dia fed up nak hasut aku untuk suka kpop . And , sampai sekarang aku tak minat kpop . Alahh , tak sama minat tak menghalang persahabatan kita pun kan , syahira ? Kan kan kannn ? ^_^ Dalam kelas , kami istiqamah untuk duduk bersebelahan dari Form 3 sampai Form 5 . Suka hati dia je nak memekak nyanyi lagu korea kat sebelah aku . Pencemaran bunyi betul ! Aku marah pun dia still menyanyi . Tak makan saman betul minah kpop nih . Oh well , that's what we called as a true friend !

Dialah satu-satunya sahabat dunia akhirat aku yang sangat-sangat memahami . Tahap infiniti okey ! Kau boleh bayangkan tak , bila kau share problem sambil nangis-nangis kat BFF kau , lepastu BFF kau cakap ni aje ---> ''Kau tak penat ke nangis2 nih ? Come on lah . Tak rock tau tak . Baik layan kpop !'' . Kau mampu tak nak berkawan dengan orang yg heartless mcm tuh ? Kadang-kadang aku rasa macam useless gila kalau share cerita dengan dia . Tapi sebenarnya , dia kasih dan sayangkan kawan dia yang gembeng nihh . Sebab ? Dia sorang sahaja yang mampu marah aku bila aku tengah menangis sebab benda yang kurang berfaedah . Contoh , pemadam hilang . Hahaa , okey bukanlah pemadam hilang , tapi ni contoh je pun :D 

Pernah satu hari tuhh lepas dia bertanding kawad kaki , dia call aku pastu nangis-nangis . Yelah , dia kan Sergeant Kadet Polis Wanita . Ape yang aku buat ialah , aku tahan gelak . Okey , mungkin bunyinya agak kejam tapi ........ Aku rasa unbelieveable ! Syahira yang heartless boleh call aku siap nangis-nangis ? Memang peliksss ! Sebabnya mudah . Syahira yang aku kenal ialah orang yang jiwa kental dan sangat heartless . Kau bagi lah cerita drama ke movie ke yang sedih , dia still tak nangis . Macam tunggu kucing bertanduk ok . Nyampah I .

Tapi , di sebalik perbezaan antara kami berdua , sebenarnya tersingkap jugak persamaan kami . Iaitu warna kegemaran ! Aku suka purple , same goes to her . Disebabkan kami nih memang dah kamcing gilos bak nandos , dia belikan pensil tekan yg Pilot tuh warna purple untuk aku and dia punya warna merah . Hadiah yang dia bagi masa Form 4 . And sampai sekarang aku masih simpan dan guna pensil tekan tuh . Aku akan menangis kalau tiba-tiba pensil tekan tuh hilang . Aku tak boleh nak tulis kalau takde pensil tekan tuhh . Aku pun taktau kenapa . Mungkin magis ikatan persahabatan kami ? Possible kan ! Perhaps ?

Masa kami Form 5 . Dia dilantik as Sergeant Kadet Polis Wanita while aku dilantik as Ketua Pengawas . Time tuh kami akan selalu sindir-menyindir . Alahh , best friend kan . Mana nak terasa nya . Buat habis air liur je sindir-sindir nih . Dia sindir pasal pengawas aku . Aku sindir pasal budak2 polis dia . And tak jadi kudis pun . At last , kami sama-sama gelak . Memang kelakar lah rasanya time tuh . Sampai classmates yang duduk dekat dengan kami pun rasa kami macam orang tak betul . Asyik gelak je keje kan . Tapi , who cares ? Hahaha . Sudahnya , classmates kami geleng kepala aje lahh . Bila tengok kami , diorang akan .... Wordless mungkin ?

Padang sekolah kami menjadi saksi air mata kami tumpah sebab memikirkan kemungkinan hala tuju selepas zaman persekolahan . Atau lebih tepat lagi , selepas dapat result SPM . Kalau boleh , kami nak ambik course dan universiti yang sama . Tapi , aku minat undang-undang . Dia pulak minat sains forensik . Macam mana nak ambik course yang sama kan ? Sudahnya kami decide untuk duduk rumah sekali time dah kerja nanti . Kami rancang je , tuhan yang menentukan . Perancangan Allah yang terbaik kan . Indeed ! 

Syahira , walau kita dah tak duduk sebelah-sebelah lagi . Percayalah bahawa sebahagian hati kau ialah aku . Dan sebahagian hati aku ialah kau . Kau sakit , aku sakit . Kau happy , aku happy . Kau nak terjun bangunan , aku .. err aku buat taktau je lahhh . Hahaha okey aku gurau jeee :P Instinct seorang sahabat kan memang kuat dan magic ! Mana pernah aku tak kantoi dengan kau kan ? Kau tau je bila aku pura-pura nak tipu sunat , hee ~ Aku pun cepat je dapat detect penipuan kau , hahaa . Ok , sebenarnya bukan penipuan apa pun . Penipuan bawak bekal makanan atau tak je punnnnnnn ! Hehee .

Mudah-mudahan ikatan persahabatan kita ini berkekalan hingga ke Jannah Allah . Sungguh , aku sayang kau ! Dan aku tak sanggup kehilangan kau . Tapi , andai itu takdir-Nya , aku akan terima dengan redha . Semoga kita akan terus kuat untuk mempertahankan tugu persahabatan atas dasar kasih dan sayang kerana Allah ini . InsyaAllah , allahumma ameen ! Ana uhibbuki fillah abadan abada ^_^


Okey , dah lin . Kata nak singkap sikit je . Ni dah melebih ni . Stop ! Aku kata stop . Stop lahhh !
Hmmm yelahhhhhhhhhhhh !!! Sorry lah tak perasan . Bising betul dia nih -_-
*cakap sorang-sorang* 




Saya tag :
  • Farah 'Adila
  • Hafiza Izati
  • Mia
  • Nurulee
  • Sasa
    Siapa-siapa yang tak di-tag tu pun boleh join tau ! Best tau contest nihh . It;s all about BFF ! Heee ~
     Mai lah join ramai-ramai !


    Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Sunday, 9 March 2014

Menanti Kamu MH370

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


MENANTI KAMU MH370

Langit sudah bertukar kelabu ,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu ,
Seluruh dunia menanti beritamu ,
Muncullah nanti seperti selalu ..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda ,
Andai terguris tunjukkan lah di mana ,
Andai ada tunjukkan lah rupa ,
Tidak nanti kami tertanya ..

Sudah tertulis janji bersemi ,
Lautan biru bertukar merah ,
Ya Allah Ya Tuhan kami ,
KepadaMu kami berserah .

(Petikan daripada komen di Facebook)



Yes . Umum mengetahui akan berita kehilangan pesawat MAS MH370 .
Satu sahaja senjata kita pada saat ini . DOA .

And people , please stop the random speculations ! Sedih . Sebak . Terkilan . Kenapa perlu ada spekulasi-spekulasi yang tak sahih ? Kenapa perlu seolah-olah ada desakan untuk menemuramah ahli keluarga mangsa-mangsa yg terlibat ? Ya , aku tau . Tu memang kerja dan tugas anda . Tapi ! Berikanlah sedikit rasa simpati kepada mereka . Mereka punya privasi . Mereka punya hati dan perasaan . Sungguh , mereka tentunya perlukan masa kerana mereka juga masih terkejut dan pastinya sedih . Ya , sedih ! Mungkin kau tidak di tempat mereka , jadi kau taktau atau lebih tepat sekali , pura-pura tak tahu . Did i hit a nerve ? Sorry . Aku terkilan dengan sikap sesetengah orang yang tidak bersimpati langsung dengan nasib mereka . Ada sahaja komentar2 yang menyakitkan telinga . Ya lah , tak kena kat kau kan . Mana kau tau rasanya mcm mana .

Usah berhenti berdoa . Teruskan berdoa untuk krew dan penumpang pesawat MAS MH370 . Kalau boleh , hentikanlah segala spekulasi yang boleh mengundang hiba di hati . 





Jangan disalahkan juruterbangnya .
Jangan disalahkan spesifikasi kapal terbangnya .
Jangan disalahkan anak-anak kapalnya .

Sila husnudzon(bersangka baik) , wahai manusia !

Jangan menuding jari kepada siapa-siapa . 
Kerana , bila Allah dah kata Kun Fayakun , apa-apa pun boleh terjadi .
Musibah ini kehendak Allah . Musibah ini bukan kehendak mereka .
Siapa yang inginkan musibah ? Siapa ??

Kita sendiri tiada kuasa untuk mengelak takdir dan ketentuan Allah .
Dan , siapa kau untuk menolak kehendak Allah ?

Hentikan sandiwara dunia . Teruskan berdoa tanpa henti buat mereka . Usah berhenti . 
Berusaha dan bertawakallah demi saudara-saudara kita .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Friday, 7 March 2014

First world problems

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hai ! So , what's up yoo . It has been a while since i last post anything , right ?
Actually , i'm too busy with my society thingy blablabla . Plus , blogwalking ! Yes . Blogwalking . Walking from one blog to the another during midnight . That's the only quality time I have to make some blogwalking . Don't worry , i will look in your blog even though you think I don't . Just keep in your mind , I will follow you back if u did so . Okey ? 

So , let's talk about something serious today . 


Taraaa ! Did i hit a nerve ? 
Okey , sebenarnya aku sangat-sangatlah kurang gemar plus menyampah dengan orang-orang yang so judgemental with physical appearance . Why oh whyyyyy ?? Perlu ke ? 
Oh kalau orang tu gemuk + pendek + hitam , kau tak boleh lah nak bergaul dengan dia ?
Then kalau orang tu putih melepak + kurus + tinggi , kau boleh je bergaul dengan dia ?
Kalau orang tu pakai comot-comot , kau tak boleh bergaul dengan dia ?
Kononnya , ''Enggang sama enggang . Pipit sama pipit .''
Bla ah kau ! *kasarnya kau lin !*

Did i hit a nerve again ? Opssssss ! ;)

People . Please ! Tolonglah jangan judge people through their appearance .
Allah sendiri tak tengok luaran hamba-hambanya tau .
Allah tengok qalbun . Iaitu hati . Bukan personaliti .

Allah pun tak pandang pakaian kau , rupa kau , personaliti kau . Allah tengok hati kau !
So , adakah menjadi satu kemestian bagi kau untuk judge orang melalui appearance ?
Mati ke kalau tak judge orang based on that ? Tak baik tau judge orang secara meng-khinzir buta .
Kalau kau yang kena , kau suka tak ? SUKA ? So , apa perasaan kau time tuh ?
Marah , geram semua diadun menjadi satu . BETUL TAKKKKK ? *jeling*

Don't judge a book by it's cover , my dear people .
Ini tersangatlah betul . Pengalaman aku sendiri , aku nak beli novel .
Cover dia serius cun melecun bom kebabom . Tapi , isi ? Hmmm .
And , on that time aku baru sedar , betullah orang kata , don't judge a book by it's cover .
Dah kena batang hidung kan . So , it's just another lesson for me !

Again , i beg you . Please please please . Don't judge people through their appearance !
Let's stop this first world problems ok .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^


Wednesday, 5 March 2014

#Throwback - A day with Dato' Sheikh Muszaphar Shukor

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Lin , asal asyik baling belakang (throwback) je ? Ehh , blog aku kannnnn ? Senyummm ^_^


Disclaimer : Kepala tak kena bahu pun ok . Aku diri mcm dh terkebelakang sikit sebenarnya . Tapi nampak mcm dekat sangattttt . Haih lah anak -,-

Date : 25 May 2013 
Venue : SK Taman Rinting 2 (kott)

Okey , cerita dah basi . Aku tahu . Hahaha . He is sooooooo amazing . Seriously ! Plus , peramah okey . Masa ni ada dalam tak sampai 10 orang pun budak-budak sekolah aku . Kami datang pun atas jasa baik Sir Haikal uruskan ape ntah yang membolehkan pelajar sekolah kami untuk join program bersama angkasawan pertama negara dengan budak-budak dari serata sekolah rendah kat Pasir Gudang . Kiranya special case lah kannnn .

Aku memang excited sangat nak jumpa Dato' . Oh well , sapa yang taknak jumpa such an amazing man kannnn ? So , even tak ramai budak sekolah aku pergi , tapi aku still nak pergi jugak . PELUANG KEEMASAN ! Sekali seumur hidup kan . Panjang umur , ada jodoh , boleh lah jumpa lagi . Kalau tak ? Kempunan , huhuu . Alhamdulillah , rezeki aku dpt jumpa dia . Tak sia-sia lah kiranya aku pujuk rayu mak suruh bagi keizinan , hehehe .

Beruntungnya budak-budak sekolah aku , sebab kami dijemput untuk duduk betul-betul di hadapan Dato' SMS sebab kami tetamu dari sekolah menengah , katanya lah . Hahaha . Lepas tuh , masa dia tengah berkongsi pengalaman dia in outer space tuhh , dia sempat lahh bergurau senda dengan kami . Cakap pasal kedudukan sekolah lah apa . He's totally funny . Serious tak tipu . Sakit perut aku sebab ketawa je . Hahaha .


Suasana dalam errr .... Dewan kott ? Almaklumlah , sekolah orang . Mana aku tau .


Spotted him ! Nih masa awal-awal dia sampai sekolah .


Untung adik nih . Kecik-kecik lagi dapat jumpa Dato' . Aku pun umur 17 tahun baru dapat jumpa . Bersyukur woi ! Okey .....


Ni masa kami masih duduk kat belakang , belum dijemput untuk duduk kat depan lagi .


Soalan : Awak nak jadi apa bila besar nanti ?
Jawapan : Nak jadi angkasawan !

Semua budak kat situ jawab nak jadi angkasawan and angkasawati . Baguslah dik , ramai-ramai pergi outer space . Jangan lupa bawak akak kau nih . Hahaha .


Jealous ? :P Ni masa kami dah dijemput duduk kat depan dia . Hehehe . Kembang setaman budak2 SKOMAS ^_^


Sesi autograf CD pengalaman di outer space . Semua berpeluang minta autograf sambil beramah mesra secara rushing ok ! 


Menyempat ! Time nihh , dia dah nak balik KL . Sekejap je datang . Tak ingat lah berapa lama .


Kami dua orang je lah pelajar form 5 . Hehehe >.<


Sir Haikal . The ''driver'' . Sorry sirrrrrr . Hahaha .

ANDDDDDDDD LAST BUT NOT LEAST , TARAAAAAAA !

AGAIN ! Aku diri terkebelakang sikit okeyyyyy , tak kena bahu pun . 
This is just a camera trick -,- *sigh*

So , if you got such a golden chance like this , just gooooo ! Tak rugi pun tau .
Malah , kau akan rasa grateful sebab kau dapat jumpa orang yang semua orang nak jumpa ! 
It's not easy to bumped into amazing people yang berjaya mengharumkan nama Malaysia kan . So , if you got the chance to meet someone/somebody yang memang menjadi idola dan kebanggaan semua orang , why not kau pegi kan ? Tak payah fikir 10 kali punnnnn . Hahaha .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^


Monday, 3 March 2014

#Throwback - Sekolah Menengahku

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sungguh aku rindu akan kenangan-kenangan itu . Walaupun aku baru sahaja meninggalkan alam persekolahan namun pelbagai kenangan telah menggamit memori . Allahurabbi . 

SMK Kota Masai (SKOMAS)

 Di sinilah pelbagai kenangan telah tercipta oleh seorang Nurhazlin Hussein tanpa dia sendiri duga .
Kakiku melangkah ke sekolah ini pada tahun 2009 dan berundur pada tahun 2013 .
Berundur sebab dah tamat sekolah tau , bukan tarik diri ke kene buang ke kann . Aku baik ok . Hahaha . Rekod disiplin pun bersih tau . Kalau tak , buatpe jadi KP kan :P

Tahun 2014 , aku akan melangkah sekali lagi ke sekolah ini . Sebab nak ambik result SPM oi ! Gerun tak gerun . Semoga segalanya dipermudahkan , insyaAllah :)

Sumber : Syeikh Google
Aku rindu nak ''sound'' budak-budak yang datang lambat . Aku suka tutup pagar tu , pastu bila ada kereta cikgu nak masuk , aku bukaklah . Buat amal ~ Hahaha .



Sekolah yang sungguh istimewa bagi aku . Pahit manis payau semua ada di sini . Jatuh bangun aku , semuanya di sini . Tak pernah terlintas di hati aku untuk berpindah ke sekolah lain . Ini tak tipu okey. Sungguh , aku sayang sekolah ini . Siapa yang tak sayang sekolah oi ! 



Sungguh aku rindu akan dataran kejat ini . Tempat aku menjeling-jeling pengawas yang leka . Tempat aku marah pengawas-pengawas aku . Tempat aku menangis tatkala aku rasa aku gagal membimbing pengawas-pengawas aku . 

Di dataran ini jugalah tempat aku membaca yasin pada waktu pagi . Rutin harian sekolah yang paling aku rinduii ! Hmmm .
Tempat aku buat homework masa pagi-pagi sebab aku sampai sekolah seawal 6.30 pagi , so sempatlah buat homework kejap . Hehee .
Tempat aku berborak-borak dengan rakan-rakan . Tempat cikgu-cikgu menyampaikan tazkirah . 
Tempat cikgu-cikgu mengadakan perhimpunan . Tempat budak-budak buat latihan kawad . 
Semuanya di sini . Serbaguna . Tak bolehlah nak list kegunaanya satu-satu . Semput !
Masa hujan je tak boleh duduk kat sini sebab bumbung kami invisible :P



Tempat yang paling malas aku nak ronda sebab kene lalu tangga . Hahaha .
Tapi kat sini best , boleh detect pengawas-pengawas yang tak bertugas . 
Paling best kalau time tuh dekat aras 3 atau 4 . Pastu lambai-lambai tangan kat kawan yang lalu kat dataran . Poyo betul . Macam tak pernah jumpa . Padahal dalam kelas jumpa je sampai naik menyampah nampak muka . Hahaha .



Floor atas tu bilik guru . Aku dengan kawan aku selalu jugak masuk bilik guru time balik sekolah . Bukan sebab nak jumpa cikgu , sebab nak rasa aircond ! Hahaha . Tapi , kitorang buat-buat busy cari cikgu . Okey , sikap macam ni jangan dicontohi yer adik-adik :P



Bangunan makmal dan bengkel .
Aras 1 : Bengkel-bengkel KH
Aras 2 : Makmal Biologi 1 dan 2
Aras 3 : Makmal Fizik 1 dan 2
Aras 4 : Makmal Kimia 1 dan 2 , Bilik Lukisan Kejuruteraan
p/s Tak dan nak ambik gambar sebahagian lagi bangunan makmal nihh .




Tangga di dataran ini . Tempat favourite aku ! Senang aku nak tengok susunan pengawas-pengawas aku . Sometimes aku naik kat tempat yg ada kain rentang tuh . Depan office . 
Sebab aku suka jeling-jeling pengawas-pengawas dari atas . Hahaha .

Mungkin ada yang pelik . Asal asyik-asyik pengawas je yang dia ni sebut kan . Oh yer , tahun 2013 dahulu , aku ialah seorang Ketua Pengawas merangkap Ketua Pelajar . Bukan ! Bukan aku nak riak . Aku nak bagitahu je . Hahaa . Tolonglah optimis sikit jadi orang tuhh :P

Kenangan paling manis okey jadi KP tuhh . Ada lah pahitnya . Tapi bila dah pencen nih , rindu ah dengan pengawas-pengawas aku . Cikgu-cikgu pengawas aku . MT(Majlis Tertinggi) pengawas aku . Normal ah kan . Mungkin kau orang gila kot kalau tak rindu , hua4 .

Nanti-nantilah aku cerita pengalaman aku jadi Ketua Pengawas and kenangan-kenangan yang tercipta masa zaman sekolah menengah dahulu . Kalau boleh semua aku nak cerita kat blog . Sebab , esok-esok dah ada anak-anak , diorang bolehlah tahu pasal ibu dia nih masa zaman dulu-dulu macam mana perangainya . Amboi , nikah dop lagi oi !

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...