Friday, 21 March 2014

My SPM 2013 result


Assalamualaikum and hello.

TAKUT --
NERVOUS --
And UN-DESCRIBE-ABLE !

''Diminta bekas pelajar SMK Kota Masai untuk tampil ke hadapan bagi memulakan acara pengumuman keputusan SPM 2013 .''
Muka cikgu-cikgu nampak gembira . Senyum seolah-olah telah digam pada setiap muka masing-masing . Kami , calon-calon SPM 2013 pulak sudah mula cuak , nervous , pucat and whatsoever .
I myself dah tak senang duduk . Air mata dah bertakung , tunggu masa je empangan nak pecah .
Emcee pulak buat saspens . Sengaja melengah-lengahkan masa .
Di manakah perginya penghayatan ''masa itu emas'' wahai cikgu ? Ok jangan marah naaaa

Nama pelajar-pelajar cemerlang aliran sastera diumumkan , dari 6A hingga straight A's iaitu 8 .
Kami tepuk tangan , tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu . Rasa nak nangis laju-laju . 
Sejurus selepas itu , kini tibalah masanya nama pelajar-pelajar cemerlang aliran sains diumumkan .
Sama seperti aliran sastera , dari 6A hingga ke 10A ^_^ (Campur2 eh gred A nye)
Dup dap dup dap dup dap . Degupan jantung meningkat sebanyak 360% . 
Satu demi satu nama disebutkan .

Tiba-tiba ,
''Pelajar cemerlang yang seterusnya . Dia merupakan bekas ketua pelajar SKOMAS . Nurhazlin binti Hussein ! Dia ni sangat tegas orangnya . Dengan cikgu-cikgu sekali dia berani marah . Saya pun takut .'' kata emcee majlis tersebut , Sir Rosman .

Dan persoalan aku ketika itu ialah :
1.Bekas ketua pelajar tu aku kan ?
2.Betul ke sir sebut nama aku tu ?
3.Slip aku ke yang dia pegang ?
4.Hazlin lain kot ?
5.Ehh nama aku ke ?
6.Tapi ada ke aku marah cikgu ? Saje je -_-

And , aku keluar and ambik slip dalam keadaan 1001 persoalan menyesak kat minda . Rasa tak percaya . 


Syukur alhamdulillah !!!!

Aku terus pergi kat tempat mak ayah aku . Aku dah tak peduli dengan suara cikgu yang suruh tunggu kat tepi untuk sesi bergambar beramai-ramai . Aku peluk . Untuk pertama kalinya , aku nangis kat bahu diorang . Huhuu . Aku rasa tak percaya . Sungguh ! Mak ayah cakap , ''Akak puas hati dengan result ni ? Lebih target kan ? Tahniah !''

Siapa yang tak puas hati ? Aku target 3A and subjek-subjek tambahan tu D . And aku taktau macam mana Akaun aku boleh A . Peliknya ! Rezeki dari Allah . Alhamdulillah ! Aku rasa , berkat aku study PA guna buku Cikgu Sila kott , hehee . What most important is , BM aku A+ , alhamdulillah ! Oh ya . Aku sangat sangat sangat tak suka dan tak minat sains . So , memang agak kureng lahh kan , hehee .

Aku tak sempat jumpa semua cikgu , sebab ayah dah lapar so dia nak balik makan .

Cikgu Julaiha (Kimia) - ''Awak sibuk-sibuk pun boleh dapat pelajar cemerlang . Bagus2 !''
Cikgu Hanisah (BM) - ''BM dah A+ tuhh . Jangan lupa belanja ayam !'' Eh ? KFC ke ?
Sir Rosman (Fizik) - ''Terima kasih hazlin . Tahniah !''
Teacher Lailey (Biology) - ''Tahniah hazlin ! Sye dh boleh tidor lena malam ni'' Heh .
Miss Farizah (English) - ''You got A for my subject !! Congratulations darling ! I'm proud of u''
Most of the teachers - ''Tahniah ! Teruskan usaha untuk lebih cemerlang dalam hidup dunya wal akhirah''

And many more wishes ! Tak tau nak tulis macam mana , ni mana yang aku ingat laa time tengah-tengah malam gini , hehehe . Banyak sgt wishes . Apa yang penting , kiranya berbaloi lah penat lelah yg telah dihadapi kan . Apa yang penting ialah keberkatan dan restu dari mak ayah dan cikgu-cikgu :)

Aku share keputusan aku bukan sebab aku nak riak ujub or takabbur . Tapi aku nak share momento gembira aku kat blog aku . Kalau ada yang rasa aku nak menunjuk-nunjuk , terpulang lah . Allah Maha Mengetahui niat setiap hambaNya .

Lepasni aku rancang nak mohon Asasi Undang-undang . Moga dipermudahkan segalanya , insyaAllah :)


Shawl coklat tu Zahidah , kawan dari darjah 1 .
Dia dapat straight A's tau . Tahniah beb ! Bangga aku sbg kawan kau dri kecik , hahha .
The one and only malay girl kat sekolah aku yg dpt perfect score .
Yang lagi 3 orang budak lelaki Chinese .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

24 comments:

  1. Alhamdulullah..syukur..Umi datang tumpang gembira kat sini..boleh bayangkan..kalau anak Umi Along dapat camni..mesti Umi terharu dan menangis..Syabas nak!!!

    ReplyDelete
  2. Wahhh tahniah awak. kalau saya dapat result macam ni mesti saya asyik sengih je sepanjang hari hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee terima kasih awak ! Awak senyum . Saye asyik makan je , hahaa >.<

      Delete
  3. Alhamdulillah..tahniah..seronoknya..teroskan gapai cita cita yg diimpikan ye..

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Mesti seronokkan bila dapat result jauh dari yang ditarget!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ! Hehee mestilah . Jauh sangat dari target . Plus , kita bukan pelajar harapan sekolah yg cikgu2 target dpt perfect score , huhuu .

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah , hehee . Tapi not straight A's lah dear >.<
      Terima kasih ! ^_^

      Delete
  6. congrats sis!! ^^ alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. thniahh hazlin :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. congrats hazlin. wish you all the best for the next step. hehe =D

    ReplyDelete
  9. Salam.. Belum terlewat lg rasanye ye utk akk ucapkan tahniahh.. Smoga tercapai segala impian adik untuk menjadi peguam yg berjaya.. InsyaAllah.. Amin..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt . Terima kasih kak . InsyaAllah , allahumma ameen ! ^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...