Tuesday, 25 March 2014

Panduan untuk students lepasan SPM

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Heloo hai ! Uhuk uhuk , lama tak update kan . Ada orang rindu ? Uihh perasan kau . Okey , tajuk tak boleh nak hebat lagi kan ! Ni ada lah se-coet panduan untuk students lepasan SPM mcm aku nihh . Aku rasa why not share benda yang kita tahu yang mungkin org lain taktau kan .

Comel pulak budak ni . Hehehe .

Lepas dapat result , benda yang patut buat ialah survey course yang sesuai , universiti etc . And i'm doing the same thing for sure . Actually , dari sebelum dapat result aku buat kerja-kerja tak bergaji nihh atas alasan aku nak cari passion aku . Nak tahu tentang course yang aku minat dengan lebih mendalam . Hah gitu . Jadi , pilihan aku dari sebelum SPM sampai lah dapat result SPM ialah Asasi Undang-undang . Ni pun sebab kaunselor sekolah cakap aku ada potensi amek course ni lah . Bila dah buat ujian minat kerjaya , personaliti , solat istikharah tu semua , aku memang dah yakin lah dengan minat aku ni . Mak ayah pun restu kan , so why not ?

Ni pendapat aku je lah . Kalau korang ada cara sendiri , ikut lah cara korang . Takkan aku nak paksa terima panduan aku yang marhaen ni . Oh yer , kalau korang still taktau minat korang ke apa-apa ke , boleh tanya aku . Kita borak-borak , insyaAllah kita cuba cungkil minat dan course apa yang korang boleh ambik nanti .

EMEL : nurhazlin_hussein@yahoo.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/hazlinhussein

Jangan malu jangan segan . Tanya je . Aku tak makan orang . Aku bukan cannibals , heh . Kita tolong sesama sendiri kan . Apa yang aku tau , aku share . Lagipun , aku memang ada cita-cita nak jadi kaunselor jugakk , tapi aku dahulukan cita-cita nak jadi lawyer . InsyaAllah . Tanya tau ! Tak tanya , korang yang rugi . Kalau rasa confuse ke apa ke , tanya je aku . Tanya tanya . InsyaAllah , aku bantu .

**********

1. Buat ujian minat kerjaya dan personaliti (dan yang sewaktu dengannya)
PENTING ! Ada orang yang taktau apa dia punya minat . So , sedikit sebanyak ujian-ujian macam ni boleh bantu korang kenali diri korang dan your passion . Selalunya , keputusan ujian memang tepat sebab we ourselves yang jawab soalan tuh tanpa ada peer pressure , blood pressure dan lain-lain pressure yang korang boleh nyatakan sendiri . Boleh KLIK SINI untuk buat ujian .

2. Tanya pendapat orang yang paling rapat/dekat dengan kita
Hah , yang ni bukannya korang tanya soalan macam ni tau ! ''Aku dapat result macam ni . Jadi course apa yang sesuai ?''  atau ''Result aku macam ni . Boleh tak kalau nak amek medic ?'' .
NO ! Orang taktau minat kau apa , and personaliti diri kau yang sebenar macam mana . Orang mungkin boleh bagi pendapat and tak semestinya kau kena amek bulat-bulat pendapat orang tuh . Kalau jadikan as guideline tu boleh lah :)
Berbalik pada panduan tadi , korang boleh tanya parents , siblings , kawan baik dan juga kaunselor . Sebab orang yang rapat dengan kita kenal kita especially parents kan . Mintak pendapat sajo . PENDAPAT SAHAJA tau ! Korang yang buat keputusan sebab kau yang paham diri kau sendiri . Buat persidangan meja bulat gituhh dengan orang yang korang rapat . Sebab i myself tanya mak ayah , hehee .

3. Minat (Cara lain selain buat ujian)
Ini tersangatlah penting tau kawan-kawan . If takde minat , mcm mana nak belajar dengan senyum dan hati gumbira umpama berada di awang-awangan . Heh . Cari minat korang ! Tolong cari . Jangan malas . Kalau taktau minat , buat ujian minat . Paling best , cakap depan cermin . Muhasabah diri . Okey ? Kalau nak cara lebih santai . Korang baring atas katil sambil fikir apa yang korang minat and so on . Dah buat ujian minat , tapi still xdpt cari minat korang ? Okey , tgok bwh ni . Aku dapat panduan nak cari minat ni dari akak senior , kak Syaza Nazura .







4. Tanya harapan ibu bapa
See ? Harapan . Korang boleh tanya harapan mak ayah . Yelah , kebanyakan mak ayah ada harapan yang tinggi bak gunung everest kat anak-anak diorang . Macam APG cakap la , ayat lebih kurang mcm ni  ''sejak dari dalam rahim ibu , parents dah decide nak anak jadi apa'' . Ada yang nak anak jadi doktor , lawyer , engineer , cikgu etc . Tanya diorang la , kalau boleh diorang nak korang jadi apa . If harapan diorang tu korang boleh tunaikan , just go with the flow . Kata lah mak ayah nak korang jadi doktor , lepastu korang punya result kurang layak untuk teruskan medic , bincang elok-elok dengan diorang . InsyaAllah , diorang paham je .

5. Minta restu ibu bapa 
PENTING . Dunya wal akhirah . Bila korang dah decide nak amek course apa , korang minta restu mak ayah . Sangat-sangat penting ! Sebab cikgu aku pernah share pengalaman dia sendiri , dia ni nk sangat jadi pilot sebab nak travel around the world . Mak dia tak bagi sebab dia nak anak dia jadi cikgu . Tapi , cikgu aku ni still nk teruskan juga cita-cita dia . Nak dipendekkan cerita , dia terlepas interview untuk masuk pilot and so on yang berkaitan dengan pilot laa . Lepastu dia terduduk kejap la kan , cita-cita terkubur mcm tu je .  Kebetulan , time tu ekonomi tengah tak stabil , kerja susah dapat . Dari situ dia baru sedar , restu mak ayah sangat penting  dan very useful . Jadi , konklusinya dia pun jadi cikgu dah sekarang . Cikgu Fizik dan Addmath :) So , minta restu mak ayah . Cakap dan bincang elok-elok . InsyaAllah dipermudahkan .

7. Buat research tentang course dan universiti-universiti 
Buat kajian dulu , baru lah decide nak amek ape . Ni tak . Nak amek asasi sains hayat kat UM , tapi awak lupa awak tu tak amek biology . Err taktau lah aku kalau ada uni yang tawarkan asasi sains hayat kat bukan budak sains . Sorry ah . Aku tak minat sains ni , sebabtu aku xbuat research pasal sains hayat dengan lebih mendalam . SPM pun terpaksa amek sains tulen sebab pihak sekolah yg tetapkan . Hah ! Search psal uni jugak . Sebab ada certain courses kat certain universities yang tak diiktiraf . Jangan sesuka hati je nak isi tau . Memang lambat sikit prosedur dia . Nak cek itu ini , semak qualified or not la tapi berbaloi ok . 

8. Semak syarat kelayakan
Kena . Mesti . Wajib . Bandingkan result korang dengan syarat kelayakan course yang korang nak mntk tuh . Kalau dh terang-terang tak layak , buatpe bersusah payah nak mohon ? Kang xpasal-pasal dapat harapan palsu . So , semak syarat kelayakan am universiti dan course yang korang nak . Jangan hentam kromo .

9. Jangan ikut kawan !
Hah , jangan ikut kawan pulak . Buat keputusan sendiri . Tak kisahlah korang tu kawan baik sehidup semati , tidur sebantal ke apa ke . Habis kalau dia ajak kau terjun bangunan , kau nak ikut ? Ini life dan future korang . Tak semestinya kau tak sama course dan uni dengan kawan baik kau , kau terus terputus hubungan kan ? KANNNNNNNNN ? Kalau ada kawan yg jenis ikut je kau buatpe , time buat keputusan mcm ni , nasihat dia elok-elok la . Ni kan future dia . Kau pun bukannya all the time akan ada dengan dia kan ? So , jangan ikut kawan . JANGAN ! Faham ke tak ni ??

9. Solat istikharah , solat hajat dan tawakaltu alallah
Last but not least . Solat istikharah . Mntak tolong dari Allah , that's the better way . Solat hajat supaya dipermudahkan urusan , diperkenankan niat etc . Tawakal tu penting , sebab korang dah berusaha sehabis baik kan ? :)


Boleh eh ? Easy language kan . Moga dipermudahkan urusan untuk semua , insyaAllah :) Harapnya panduan ni dapat tolong korang , tak sikit , banyak pun boleh . Heh .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

14 comments:

  1. Fuhh, nice sharing. Thanks! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga bermanfaat ! InsyaAllah . Sama-sama ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks mil ! Moga bermanfaat untuk kau , insyaAllah :)

      Delete
  3. ecah pun tgh pening nak apply mana satu. main belasah je isi. hope dapatlah =) teehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ecah tak keberatan , boleh add lin kat FB . Kita borak2 , tengok sama ada betul tak course yang ecah pilih tu ke kan . Lin taklah terror sangat , tapi nak tolong tu boleh lah :)

      Delete
  4. wow ! bagus nya dia ! hehe Sy still jugak confuse nak ambil course apa.. tapi sy lebih kpd pandai melukis lah.. smething about arts.. blah.. blah.. blah.. Btw, salam perkenalan awk :) Hope kite boleh meet someday .. . best dpt kwn mcm ni.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan anis !! InsyaAllah kita boleh berjumpa satu hari nanti . Minat arts eh ? Wahhh , lin tangan kayu , hahah .

      Delete
  5. betull setuju! adek adek patot ikot tips ni! :)
    http://eykabaha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Boleh bgtau panduan solat istikharah? Hihi budak tak malu ni tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh . Nanti kita pm facebook yerr :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...