Monday, 3 March 2014

#Throwback - Sekolah Menengahku

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sungguh aku rindu akan kenangan-kenangan itu . Walaupun aku baru sahaja meninggalkan alam persekolahan namun pelbagai kenangan telah menggamit memori . Allahurabbi . 

SMK Kota Masai (SKOMAS)

 Di sinilah pelbagai kenangan telah tercipta oleh seorang Nurhazlin Hussein tanpa dia sendiri duga .
Kakiku melangkah ke sekolah ini pada tahun 2009 dan berundur pada tahun 2013 .
Berundur sebab dah tamat sekolah tau , bukan tarik diri ke kene buang ke kann . Aku baik ok . Hahaha . Rekod disiplin pun bersih tau . Kalau tak , buatpe jadi KP kan :P

Tahun 2014 , aku akan melangkah sekali lagi ke sekolah ini . Sebab nak ambik result SPM oi ! Gerun tak gerun . Semoga segalanya dipermudahkan , insyaAllah :)

Sumber : Syeikh Google
Aku rindu nak ''sound'' budak-budak yang datang lambat . Aku suka tutup pagar tu , pastu bila ada kereta cikgu nak masuk , aku bukaklah . Buat amal ~ Hahaha .



Sekolah yang sungguh istimewa bagi aku . Pahit manis payau semua ada di sini . Jatuh bangun aku , semuanya di sini . Tak pernah terlintas di hati aku untuk berpindah ke sekolah lain . Ini tak tipu okey. Sungguh , aku sayang sekolah ini . Siapa yang tak sayang sekolah oi ! 



Sungguh aku rindu akan dataran kejat ini . Tempat aku menjeling-jeling pengawas yang leka . Tempat aku marah pengawas-pengawas aku . Tempat aku menangis tatkala aku rasa aku gagal membimbing pengawas-pengawas aku . 

Di dataran ini jugalah tempat aku membaca yasin pada waktu pagi . Rutin harian sekolah yang paling aku rinduii ! Hmmm .
Tempat aku buat homework masa pagi-pagi sebab aku sampai sekolah seawal 6.30 pagi , so sempatlah buat homework kejap . Hehee .
Tempat aku berborak-borak dengan rakan-rakan . Tempat cikgu-cikgu menyampaikan tazkirah . 
Tempat cikgu-cikgu mengadakan perhimpunan . Tempat budak-budak buat latihan kawad . 
Semuanya di sini . Serbaguna . Tak bolehlah nak list kegunaanya satu-satu . Semput !
Masa hujan je tak boleh duduk kat sini sebab bumbung kami invisible :P



Tempat yang paling malas aku nak ronda sebab kene lalu tangga . Hahaha .
Tapi kat sini best , boleh detect pengawas-pengawas yang tak bertugas . 
Paling best kalau time tuh dekat aras 3 atau 4 . Pastu lambai-lambai tangan kat kawan yang lalu kat dataran . Poyo betul . Macam tak pernah jumpa . Padahal dalam kelas jumpa je sampai naik menyampah nampak muka . Hahaha .



Floor atas tu bilik guru . Aku dengan kawan aku selalu jugak masuk bilik guru time balik sekolah . Bukan sebab nak jumpa cikgu , sebab nak rasa aircond ! Hahaha . Tapi , kitorang buat-buat busy cari cikgu . Okey , sikap macam ni jangan dicontohi yer adik-adik :P



Bangunan makmal dan bengkel .
Aras 1 : Bengkel-bengkel KH
Aras 2 : Makmal Biologi 1 dan 2
Aras 3 : Makmal Fizik 1 dan 2
Aras 4 : Makmal Kimia 1 dan 2 , Bilik Lukisan Kejuruteraan
p/s Tak dan nak ambik gambar sebahagian lagi bangunan makmal nihh .




Tangga di dataran ini . Tempat favourite aku ! Senang aku nak tengok susunan pengawas-pengawas aku . Sometimes aku naik kat tempat yg ada kain rentang tuh . Depan office . 
Sebab aku suka jeling-jeling pengawas-pengawas dari atas . Hahaha .

Mungkin ada yang pelik . Asal asyik-asyik pengawas je yang dia ni sebut kan . Oh yer , tahun 2013 dahulu , aku ialah seorang Ketua Pengawas merangkap Ketua Pelajar . Bukan ! Bukan aku nak riak . Aku nak bagitahu je . Hahaa . Tolonglah optimis sikit jadi orang tuhh :P

Kenangan paling manis okey jadi KP tuhh . Ada lah pahitnya . Tapi bila dah pencen nih , rindu ah dengan pengawas-pengawas aku . Cikgu-cikgu pengawas aku . MT(Majlis Tertinggi) pengawas aku . Normal ah kan . Mungkin kau orang gila kot kalau tak rindu , hua4 .

Nanti-nantilah aku cerita pengalaman aku jadi Ketua Pengawas and kenangan-kenangan yang tercipta masa zaman sekolah menengah dahulu . Kalau boleh semua aku nak cerita kat blog . Sebab , esok-esok dah ada anak-anak , diorang bolehlah tahu pasal ibu dia nih masa zaman dulu-dulu macam mana perangainya . Amboi , nikah dop lagi oi !

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^





10 comments:

  1. alahai.. bila throwback sekolah menengah ni, teringat pulak.. time sekolah dulu tak sabar nak habis sekolah, dah habis sekolah rasa nk sekolah balik... haha :)

    follow me ya.

    http://e-dania.blogspot.com/2014/02/assalamualaikum-semua.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tuhh , hahaa . Sye yg xsampai setengah tahun pun tinggal sekolah dah rindu . Paling rindu nak buat hmwork , hehee .

      Done follow :D

      Delete
  2. rindu zmn psekolahan... zmn kenakalan smpi letak jwtn dr pengawas... tiap minggu ada je kna merit... hehehehee... besar sekolah lin ne... bestnyerr :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada merit eh . Kami takde , cuma sape2 yg xbertugas tanpa sebab tuhh mmg dpt surat saman . Hahaha . Actually taklah besar mana , tapi semput jugak lah kalau jalan2 dalam sekolah tuhh . Hehee :D

      Delete
  3. salam..
    wahh besar juga sekolah ye.. =)
    tetibe yaya pon trgt balik sek..da bpe lame da tgl..huhu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt . Hehee , sebab muatan pelajarnya almost 3000 atau lebih camtu lahh .
      Tu lah , rindu sekolah . Bila time belajar , sebok nak habis bljr awal . Dah ddk rumah ni , rasa nak pegi sekolah je . Jeles tgok budk2 pakai baju sekolah . Hahaha .

      Delete
  4. Assalamualaikum... haha bab nak masuk bilik guru pura2 busy padahal nak rasa air-con tu memang betul :p In pun buat dengan kekawan. heh heh XD tambah-tambah kelas depan bilik guru je...ape lagi... hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt . Opsssss , memang habit setiap students kott . Hahaha . Rasa best je masuk dlm tuh , lagi2 time panas terik . Hahaha .

      Delete
  5. huyohh ketua pengawas beb. kalau ee entahlah. disiplin tak jaga langsung. tak pernah langusng jadi pengawas. benda plg tk suka sebab susah nak buat jahat. ehehe. anyway all the best for spm result.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 sye pun langgar jugak peraturan sekolah kalau rasa peraturan tu tak masuk akal . Hahaha .
      Hehee . Thank you ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...