Monday, 28 April 2014

Tawaran Matrikulasi ?

Assalamualaikum and hye.

Aku tau , cerita dah basi . Tapi aku nak cerita jugak :P
So , umum mengetahui bahawa 24.4.2014 yang lepas , keputusan matrikulasi dah dikeluarkan .
*ehem*
Tengah malam tu jugak aku check sebab ada kawan aku dah check . Kat laman web memang tak boleh so , aku pun check by sms sajoo . Aku mohon matriks sebab cikgu suruh mohon . Hahaa .


*lagu Bawa Kau Pergi-Goliath Band pun berkumandang (sms ringtone)*


Tanya classmates yang online facebook , semuanya dpat KMPh and course yang sama . Sorang je tercampak ke selangor sebab dapat course account . Macam pelik je . Kenapa semua kat Pahang ekk ? So , diorang happy lahh sebab dapat satu tempat . Boleh meneruskan legasi memekak dalam kelas ke dalam bilik ke kann :P Aku feelingless sebab aku tunggu result UPU :D


So , dalam pukul 2++ petang , aku check online pulak .

Kantoi main game Flower Shop >.<

So , sahih lah ni dapat KMPh ? Tahniah kat diri sendiri .
Tahniah jugak kat korang yang dapat tawaran matrikulasi . Istikharah k . Kalau betul-betul nak , terima tawaran ni , kalau tak , tolak lerr , takkan itu pun nak ajor :P

Tahniah jugak yang dapat tawaran Tingkatan 6 , IPG , KPTM . (Did i missed anything ?)

Aku belum bagi pengesahan untuk TERIMA atau TOLAK . Mak aku kata , jangan tolak awal-awal , nanti dia kecik hati . Erkkkkk ? *facepalm*

Dikhabarkan keputusan UPU awal bulan 5 kan ? 
Semoga kita semua dapat apa yang diimpikan , insyaAllah , allahumma ameen !
Good Luck and All the Best !! 

p/s Jangan lupa istikharah , minta pendapat mak ayah , orang terdekat and orang-orang yang arif pasal benda-benda ni okeyyyyyy :D


Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Tuesday, 22 April 2014

#Throwback - Conquering Chocolate Fountain on Hari Keusahawanan 2013

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ehemm . Hai . Lama tak update . Kan ? Ada orang perasan tak aku dah lama tak update ?

Krik krik krik 

Bukannya tak ada idea . Adaaaa ! Banyakkkkkkkk !!! Tapi , kekangan masa . Yes , i am too busy . Pheww . Entahlah , sejak dapat result spm , kesibukannya menjadi-jadi . Ke aku sorang je yang camtu ?  *facepalm* Bukannya buat apa pun . Pergi sekolah , sebab nak uruskan certain things . And yeah , shopping untuk persediaan sambung belajar . Awal sangat ? NO ! Sebab , no matter what , aku tetap nak sambung belajar . So , takde ruginya beli barang awal-awal . Awal tak awal lahh , pejam celik pejam celik result matriks and upu pun keluar . Tak ke kelam kabut bila time tu nak pergi , time tu baru menggagau nak beli barang ? Pastu , time tu jugak benda yang kita nak dah takde or habis etc . Padan muka lah . Sape suruh tak get ready awal-awal . Nasiblah dapat ''barang last minute'' . Kalau last minute tu , faham-faham je lahh kan . Hee ~

So , harini aku nak buat entry baling belakang aka throwback . Lama tak #terobekhatiku , bak kata Bongtri . Hahaha . Siapa Bongtri ? Suami Kokping (Fynn Jamal) lerr .

Last year , aku tiba-tiba join meniaga dengan budak-budak pengawas aku . Ketua pengawas yang berkaliber yer . Turun padang katakauuuuu :P Mula-mula aku nak join Science Fair by my class , tapi entah kenapa aku nak join jual-jual pulak . Kesian lah kan sebab kurang penjual .  Sebab ada chocolate fountain je sebenarnya :P Yelah , ramai pengawas-pengawas aku yang dok tolong persatuan/kelab/unit beruniform masing-masing kan . Eleh , ada je yang malas nak datang and datang hari keusahawanan sebab nak jalan-jalan dengan buayapreng and gelipreng tuu . Mcm aku taktau . Lalalaa ~ Abaikan bebelan aku . Hahaa .



Ohhhh , ada reben perasmian ?

 Kenapa aku tak perasan time emcee umumkan perasmian and all ? Ok , aku tau kenapa . Budak-budak ni semua dah excited sangat , so diorang berlari dengan penuh keterujaan dan kebisingan menuju ke gerai-gerai terutamanya satu-satunya gerai yang ada chocolate fountain tuhhhhhh :P

Sumber dua gambar di atas ni adalah dari facebook sekolah :D

 Can you see the sexy chocolate fountain ? Aku yang tengah dip marshmallow kat chocolate fountain tuh . Busy sangat time ni . Tak dan nak pandang camera . Haih -,-

We were selling Marshmallow dipped with chocolate , Colourful Lollipop , Cocktail and many more delish foods ! Theme kami haritu ialah CHOCOLATE . Sebab itu lah ada chocolate fountain . Tak menang tangan layan customer yang tak putus-putus . Kitorang tak bersiap sedia nak mula meniaga pun orang ramai dah serbu . Pheww . Tak sempat nak rasmikan our main attraction -- marshmallow dipped with chocolate . Sobsob .

It's me again who's conquering the chocolate fountain ! 

Sebab aku kan terer main bende ni . Time ni , terpaksa tutup chocolate fountain , so tiada pancutan coklat akan berlaku . Sebab we were out of chocolate and marshmallow stockkkkk !! So , our runningwoman pergi merempit ke kedai yang berdekatan untuk pergi beli kejap . Nasiblah awal-awal lagi dah spot and cari kedai , yelah kot-kot ter-habis cepat ke . Padahal kitorang dah sediakan lebih drpd target jualan tau bende alah ni semua . Sekali , memang terlebih target jualan sangat-sangat . 2 3 kali ulang alik kedai sebab out of stock . Rezeki Allah bagi tak putus-putus kan . Hehee . Kawan datang beli pun aku boleh tak perasan . Erk .


Kan aku dah kata aku yang conquer bende alah fountain ni . Hee ~ 

Nampak tak susunan marshmallow tu ? Asal letak je habis . Tak boleh nak duduk walau sesaat . Boleh bayangkan kesibukannya ? Haaa gituh . Ada dua jenis marshmallow . Satu yang dip penuh , satu yang mcm dalam gambar tuh . Yang kesiannya kami semua tak dapat nak merasa foods yang kami jual !! Dah habis . Nak bawak balik untuk adik aku pun , aku terpaksa beli makanan lain kat kedai lain . Sebab kat kedai kitorg ni dah xde apa yang tinggal . Ada lah yang tinggal , gula-gula and lollipop sikit . Hahaha . Sebab kebanyakannya pembeli lollipop ialah budak-budak . Mak bapak budak pun ade . Kitorg memang sedia banyak lollipop . Pastu aku buat gubahan lollipop ala-ala bunga gituh . Tapi takdelah gambarnya , kan aku dah cakap , tak sempat nak buat apa , customer dah serbu .

Aku dah plan lah lepas set up gerai , nak amek gambar buat kenangan gituh . Tetapi . Segala-galanya musnah . Ranap ! Dan lagu pelamin anganku musnah pun berkumandang . Aduhaii . Kitorang swith on je plug chocolate fountain , terus ramai orang serbu . Padahal kitorang nak testing je time tuh . Ke kitorg ni tak perasan yang pengetua dah rasmikan Hari Keusahawanan ni ? Hahaha .

Pengalaman jadi peniaga walaupun sekejap je memang worthy . Best ! Tapi bila balik tu , terbongkang tak hengat dunia . Yelah , asyik diri je . Mana ada dudukya . Baru nak tarik kerusi , ada je orang datang . Hehee . Aku akan rindu moment ini . Seriously !!! Sobsob :'(


p/s Aku plan nak letak chocolate fountain lahh time wedding reception aku nanti . Ohoiiii . Berangan ! Ayahanda suruh belajo dulu . Krik krik krik krik .


Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Thursday, 17 April 2014

Bila SPM Leavers pergi sekolah

Assalamualaikum.

Semalam kan awakk , kite pegi sekolah kite tau . Kite jumpe kawan-kawan kitee . Ramai tauu ! Woi , dah kenapa mcm budak-budak tak matang je kau ckp lin . Hahaha . Ok abaikan muqadimah yang tak berapa nak matang tu yer . So , apa khabar ? Harapnya korang sihat aje lah yerr . Siapa perasan , aku pasang lagu baru kat blog aku ? Angkat tangan ! Hik3 . 

Semalam aku pergi sekolah . Nak uruskan sijil LCCI untuk Accounts aku . Siapa yang ambik akaun tu tau lah kan sijil ni untuk apa . Ke , korang taktau ? For those yang tak tahu , boleh pergi laman web ini ----> http://www.lcciasia.com/ dan fahamkan sendiri . Ada dua cara untuk apply sijil LCCI ni .

1. MANUAL APPLICATION  
1. Students who wish to apply for their certificate may submit complete application form via their respective schools within one month of the release of SPM results.
 2. If one missed or unable to submit within the first month through one's respective schoool, alternatively, one may send the complete application directly to LCCI International Qualifications Malaysia office or to the LCCI Authorised Training Centres.
3. Application Form and List of Authorised Training Centres (ATCs) can be downloaded from below provided link.


2. ONLINE APPLICATION 
1. Click the banner below to submit your application online. (Note: Scan your identity card (IC) and SPM result slip in advance for this application process
2. You will need access to a valid credit card or online banking facility to make payment for this application. (One may use 3rd party account with permission for this purpose). Click following link for the list of online payment options;  


Translate sendiri eh ? Boleh apply sampai 31 Oktober ni . Tak faham , boleh tanya aku .

*************

Berbalik kepada tajuk entry . Aku pergi sekolah dalam 8.45 camtu , balik pukul 10.30 . Lama kan ? Sah-sahlah jumpa classmates kan bila dah pegi sekolah tu . Hik3 . Okey sebelum tu , aku pergi bilik kaunseling tau . Borak-borak dengan cikgu , uruskan pasal sijil LCCI and all . Tiba-tiba kaunselor suruh aku nasihatkan budak-budak yang ponteng . Oh well , mantan KP kan >.< Mula-mula mcm segan ah nak nasihat-nasihat , ceramah orang bagai . Tapi , dah lama-lama aku pulak tak sedar panjang aku bebel . Nasib kau la nakk . Harapnya tak ulang lagi . Aku harap air mata yang keluar tadi , air mata keinsafan , bukan air mata mintak simpati . Kang tangan aku naik kat pipi , parah pulak . Hahaha . Lama tak asah skill psycho orang , rasa mcm nak tergelak je bila cakap dengan budak-budak tu tadi , macam haremm , hahaha . 

Lepas selesai urusan tu , aku masuk office pulak sebab nak betulkan sijil . Niat di hati nak jumpa pengetua and pihak pentadbir sekali . Unfortunately , diorang takde kat office . So , takpe ah kan . Kalau tak , asal jumpa cikgu , mesti keluar soalan sama : ''Awak tengah buatpe sekarang ni?'' . Soalan cliche kan ? Jawapan pun cliche : ''Sye duduk rumah goyang kaki , tak kerja pun'' . Hahaha . After selesai urusan , terjumpa classmates . Aku datang dengan kawan aku je , zahidah . Tak sangka bila sampai dah nak balik , diorang muncul . Rezeki . Hehehe . Pastu kitorang memekak pulak kan . Tak malu . Hahaha .

Dari kiri : Haizum , Zahidah , Aku , Widad , Farathul dan Aqidah







Ni baru sikit . Kalau keluarga cekalister semua datang , memang runtuh sekolah kot , hahahaha . Moga ukhuwwah kita kekal hingga ke syurga . Mesti lepasni dah bawa haluan masing-masing , universiti/kolej matriks lain , course lain . Harap korang takkan lupa aku and harap aku pun tak lupa korang , hee ~ 

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Friday, 11 April 2014

Things that I miss the most about school

Assalamualaikum.

Alhamdulillah . My health is getting better . Thank you for your doa :)
So , i would like to list a few things that i miss the most about school . I think maybe some of you will be shocked or you will act like ''Is this girl insane already ?'' or whatsoever . But , just who cares right ? I am the one who is missing that sort of things . If you're not on my  side , i am okay laa . Everyone got their own precious opinion . So , chill ok . Toksah nak bertumbuk pulak nanti . Hahahaha hazlin dah start merepek sebab banyak makan kerepek . Lalalaa ~


1. Tons of homework


Yesss , homeworks ! Tu yang paling paling paling aku rindu nak buat . Sebab aku memang suka buat homework . Ok bukan nak bangga yer , tapi aku memang suka , nak buat macam mana kan . Aku rasa happy bila cikgu bagi homework and aku akan upset sikit bila cikgu tak bagi homework . Kelakar kan ? Hahaha . Sebab , in my opinion if cikgu ajar then dia give us homework , ilmu tu lagi senang nak lekat . And , if kita buat homework yang cikgu bagi tu , insyaAllah ilmu tu akan diberkati . Pendapat aku lahh . Ermm , tangan aku ni pun dah kekok je nak pegang pen . Aduhai . Kena exercise banyak-banyak ni .


2. My beloved teachers


Siapa faham ? Hahahaha . Seriously , rindu cikgu-cikgu . Bukan apa , rindu nak dengar time diorang complaining about our class , rindu nak dengar diorang bagi kata-kata semangat in every single things yang kami buat especially on examinations , rindu nak buat muka tak faham , rindu nak buat reaksi buka mata besar-besar sebab ngantuk sangat tapi tetap akan terkatup jugak sekejap , rindu nak rasa terpinga-pinga bila all of a sudden cikgu tanya soalan/kuiz . Rindu semuanya . Taktau nak cakap macam mana . Allah ...


3. My Cekalisters big family 



Besar kan ? Gambar diambil masa penyusunan meja kerusi utk SPM . Kerek kan bawa kamera pegi sekolah ? Ni apa ketua pengawas macam ni ? Shhh diam ah ! Hahaha . Rindu sangat kat korang . Nak bising dalam kelas . Yelah , kelas yang paling bising dalam sekolah since Form 1 . 
1 Arif , 2 Arif , 3 Arif , 4 Cekal and 5 Cekal 
(Ada dri kelas lain tapi ni majoriti yang ada dalam 5 Cekal la)
Taktau nak cakap macam mana , yang penting aku rindu semangat kerjasama dalam kelas kita dulu . Hahaha kelakar gila . Defend each other . Nak gossip pun ramai-ramai . Sorang sedih , semua jadi kepochi , hahaha . Masa Form 1 dulu , kengkonon malu ah , bajet macam budak baik-baik je kan , sekali dah lama duduk sebumbung , hah hamekkk ! Serious , rindu keluarga Cekalister !!


4. My prefects

During Watikah Perlantikan Pengawas or Prefects Installation Ceremony
Boleh spot aku ? Paling hujung , sebelah lelaki tu . Dia penolong aku . Lalalaa ~

Taknak update gambar pengawas banyak-banyak . Nanti nangis :3 Orang yang paling dirindui ialah mereka . Banyak ah jugak aku fikir , boleh ke diorang handle and all . Aku suka marah diorang . Marah sayang la kan . Takde orang marah tanpa sebab . And at the end of the schools day , diorang datang kat aku , minta maaf kat aku and blablabla . Yelahh , aku kan ketua . Perempuan pulak , sensitipp sokmo :P Sebenarnya , aku tak marah sangat pun . Cuma terkilan sebab ada yg culas dengan tanggungjawab . Kang dirotan ke dilempang ke , kata aku over pulak . Tak masal dapat gelaran gila kuasa , hahaha . Tapi ramai je yang ok . Yang tak ok tu ermmm 20% kott ? Entahlah . Hahaha . Pengawas aku ramai , total pagi dan petang 113 kot . Lupa dah . Tapi 100++ laa . Wehhh , akak sayang korang tau . Rindu korang sangat :'(


5. Berborak kat dataran kejat before perhimpunan


Gossiping ? Hahaha . Tak sangat lah , tapi boleh lah . Korang pun kannnnn :P
Almaklumlah , aku sampai sekolah 6.25 pagi . Perhimpunan 7.15 , berbual lah kan dengan budak-budak kelas sebelah and kelas sendiri . Syok wooo . Sambil breakfast lagi tau . Nikmat ah makan gelap-gelap . Nama pun dataran , bumbungnya langit laaa :D


6. Tangga kat sekolah


Tapi , aku suka time turun tangga je . Time SPM dulu , dapat tingkat 4 . Boleh bayangkan tak seksa tak seksa ? Tapi tawakal je lah . Semput-semput pun gagahkan aje . Oh yer , tangga-tangga kat sekolah ni jugak jadi port aku intai-intai pengawas aku yang bertugas . Diorang tak perasan pun aku tengah ronda . Hahahaha .


7. Makan bekal kat sekolah surrounded with friends


Time ni , ramai yang pergi kantin sebab kehabisan stok makanan sendiri . Apakah ? Hahaha . Ok , sangat kurang kesopanan cik hazlin makan di situ :P Sebenarnya , time makan ni lah paling best . Boleh kongsi-kongsi makanan , and borak-borak . Selalu jugak borak pasal math , physic and other subjects masa makan . Janganlah pelik . Kadang-kadang sempat tanya pasal jalan kerja homework yang semalam lah , minggu lepas lah and so on . Memang best ! Tapi aku kedekut sikit bila nak bagi org rasa sikit bekal aku . Sebab aku ni monster , makan banyak . Hahahaha . 

8. Yassin recitals

Best ! Sebab nanti ada buat kutipan derma . Sometimes , ada ustazah bagi tazkirah . Memang best sangat baca yasin masa perhimpunan awal pagi . Everyday ok ! Tujuan bacaan yasin umumnya utk disedekahkan kepada yang berkenaan dan budak-budak yang nak PMR and SPM . Tapi , sedekahkan utk semua lah kan . Mana aci baca untuk budak-budak nak exam besorr je , hahaha . Sekolah korang ad buat macam ni tak ? Best kan ? Boleh lah rasa tenang duduk dalam sekolah . Pengisian rohani kan namanya :)


So , rasanya sampai sini ajelah coretan aku kali ni . Dah ngantuk sangat ni . Almaklumlah , tengah-tengah malam je yang free nak online lama-lama . Students lepasan SPM confirm banyak sangat benda yang rindu kan ? Aku ni pakal je malas nak list semua . Kang ada yang colourful vomit pulakkkkk . Hahahah .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

Sunday, 6 April 2014

#Throwback - Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Pasir Gudang

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pengakuan : Sesungguhnya tuan tanah dah lupa serba sedikit tentang pertandingan ni . Sebagai contoh , lawan sekolah mana , tajuk apa dan hari keberapa -_- Seriously , banyak yang dah lupa . Almaklumlah , dah lama benau . Lepastu kebanyakan bahagian otak digunakan untuk menghafal fakta-fakta utk SPM yang lalu (alasan semata-mata) . Mana yang ingat , tuan tanah akan tulis yooo :D

Alhamdulillah , our team got second place ^_^

Kenangan paling paling paling bermakna sepanjang aku bersekolah . Join debate team ! Hee ~
Aku bertindak as menteri keempat sajo sebenarnya . Tapi , jangan diperlekehkan menteri keempat dan kelima yang bertindak sebagai pencelah tau ! Melalui kami lah , perdana menteri , timbalan perdana menteri dan menteri ketiga mendapat fakta palsu yang kami buat time tengah bertanding tuh . Seriously best ! Aku masuk pun last minute . Tapi memang best sangat lah . Memang best . Taktau nak describe feeling tu macam mana . Aku sebenarnya gerun jugak nak bertanding , yelah wakil sekolah kan , bawa nama sekolah pula tuh . Memang mencabar jugak ah . Perdana menteri dengan timbalan perdana menterinya dah pernah join debate masa 2012 , so bukan masalah besor lah kan . Kami yang lagi tiga orang ni masalah sikit nak biasakan . Tapi yelah , once kau dah kat atas pentas , kau dah tak takut malah kau akan bersemangat dan rasa best sangat-sangat . Hah , faham tak perasaan aku time tuh ? Hee ~

Taraa ! So , this is our debate team . Yang pakai baju sekolah sajo peserta .
Gambar atas dari kiri : Ain , Aku , Zarith , Sir Rosman , Sir Haikal , Khaty , Cikgu Ali , Afiqah , Cikgu Nazri (kot)
Gambar bawah dari kiri : Aku , Afiqah , Khaty , Teacher Sahila , Zarith , Ain 

First day . Kami lawan di SMK Pasir Gudang 1 . 
Kami naik dua kereta . Kereta Sir Rosman ada 3 pendebat terpenting lah kiranya . Aku dengan Ain naik kereta Teacher Sahila . Di samping taknak menyempit-nyempit dalam kereta dan bagi menjaga hati cikgu-cikgu pengiring *over gila ayat , sebabtu lah kami pecah separuh2 , hah gituhh . 

Round 1 : SMK Kota Masai vs SMK Pasir Gudang 2
Tajuk :  Khidmat Tenaga Import Meningkatkan Mutu Sukan Negara
Position : Kerajaan
Keputusan : SMK Kota Masai MENANG 

Round 2 : SMK Kota Masai vs SMK Pasir Gudang
Tajuk : Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Pelajar
Posisi : Pembangkang
Keputusan : SMK Kota Masai KALAH 

KALAH ? Belum lagi . Rupa-rupanya second round tu tak payah lawan lagi ! Sebenarnya lawan satu round sahaja untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya , so round kedua tu dikira batal . Masa tuh , kami taktau lagi . Balik tu memang menangis ah , tapi cakap sesama sendiri suruh redho . Yelah , kau mampu nak menanggung kekalahan ? Dahlah baru je bertanding , baru sehari lawan dah kalah . Memang spoil ahhh . Lepastu , masing-masing sampai rumah dekat maghrib jugak lah kan , cikgu yang hantar . After maghrib dapat call daripada Sir Rosman yang kami kena bertanding esoknya di SMK Johor Jaya 2 . Masa tu kami semua mcm tak percaya . Ingat kena troll ke apa kan . Memang surprise gila ! That's what we called second chance ! So , after this , tebus kekalahan ! Yay ! Go SKOMAS go !! So , masing-masing update status yang we got second chance . So , yeah , fighting !

Second day . Kami lawan di SMK Taman Johor Jaya 2 .

Peringkat suku akhir
Round 1 (pagi) : SMK Kota Masai vs SMK Taman Johor Jaya 2
Tajuk : Sekolah Agen Transformasi Sahsiah Pelajar
Posisi : Kerajaan
Keputusan : SMK Kota Masai MENANG 

 Third day . Masih di SMK Taman Johor Jaya 2 . 

Peringkat separuh akhir
Round 2 (petang) : SMK Kota Masai vs SMK Taman Nusa Damai
Tajuk : Media Sosial Memupuk Nilai-nilai Kemanusiaan
Posisi : Kerajaan 
Keputusan : SMK Kota Masai MENANG

Khaty punya gambar >.<

Cop coppp . Lepas kami layak ke peringkat akhir , Sir Rosman iaitu ketua jurulatih kami terpaksa ditahan ward . Allahurabbi . Tekanan buat kami semua . Allah je tau perasaan kami . Kami kuatkan semangat , lawan sebab sir dah banyak korban masa untuk kami , dia sanggup tahan sakit dia semata-mata nak ajar kami budak-budak debat . Kami memang rasa bersemangat gila lah , takut tu ada , cuma dah ditutup dek perasaan semangat aura dari Sir Rosman . Hebat kan aura dia ? :) 

Forth day . Masih lawan di SMK Taman Johor Jaya 2 .

Tempat kami dikuarantinkan . Masa ni belum tiba masa untuk kuarantin so , sempat main phone , camera , laptop etc >.< Oh ya , kami terpaksa pakai uniform sekolah biasa sebab nak seragam . Sebenarnya kalau kat sekolah , kami semua pakai baju peach sebab kami pengawas except afiqah yang librarian .

Peringkat akhir
SMK Kota Masai vs SMK Pasir Gudang 1
Tajuk : Pemberian Subsidi Wajar Diteruskan
Posisi : Pembangkang
Keputusan : SMK Kota Masai KALAH

Semasa final ni , Sir Rosman takde dengan kami . Dia kan kat hospital . And then , masa sebelum bertanding , boleh dikatakan every 7 minutes , dia akan call Teacher Sahila and nak cakap dengan kami . Kami memang speechless lah . Nangis-nangis time cakap dengan dia on the phone . 10 kali cakap , 10 kali nangis . Bayangkan lah . Sakit-sakit dia , still ambil berat pasal kami . Dah lawan ke belum ? Dah makan ke ? Dah ready ke ? Dah itu . Dah ini . Kesian jugak kat teacher sahila sebab banyak kali kena angkat phone sebab sir tak putus-putus call . Sir bagi semangat dari jauh la kiranya . *Tetiba sebak ni kenapaaaaa . Sir akan cakap dengan setiap seorang daripada kami . Well , kenalah adil dengan anak-anak . Ye dak ? Hahaha .

Peringkat akhir yang sangatlah mencabar . Banyak dugaan . Tiba-tiba the 3 of us got cirit-birit . Tiba-tiba ada yang macam nak demam and pening-pening (aku lah tu) . Tiba-tiba juri takde lah . Tiba-tiba kena lewatkan masa bertanding lah . Macam-macam lagi lah , tak sanggup nak senaraikan . Hmmm .

Pembahas 1 dan 3 turned crazy . Aku yang amek gambor ni pun turut tergelak . Gaduh lah konon pastu berbaik . Stres sebab final match mungkin . Lepas kejadian inilah , 3 daripada kami kena cirit birit . Adei !

So , for the final . Memang kami bermati-matian . Kami kalah tipis ok . 2-3 je pun . 2 juri berpihak pada kami manakala lagi 3 berpihak pada pihak lawan . Tak rasa menyesal . Sebab kami memang buat yang terbaik . Cuma terkilan sikit sebab tak dapat johan untuk sir rosman . Tapi sir rosman kata , kami tetap juara di hati dia . Cewahhh ! 

Selepas keputusan diumumkan . SMK Kota Masai vs SMK Pasir Gudang 1

Yeahhhh , the best team ever ! Dua orang cikgu inilah yang banyak bagi support sepanjang ketiadaan Sir Rosman . Sebelum ni , time ada Sir Rosman pun diorang bagi support tau !! Awesome yoo .


Mereka dan Papa Rosman semasa Anugerah Kokurikulum kat sekolah . 
Time ni aku takdeeee ! Sbb balik Kelantan . Haih -,- Jeles .

And , yeah . We won silver for this debate match . Congratulations to ourselves ! Hee ~
Eventhough kami tak dapat jadi wakil Pasir Gudang utk ke peringkat negeri , tapi takpelah . Dah banyak sangat class kami skip . Banyak pelajaran tertinggal . Jadi , everything happens for many reasons kan ? Allah Maha Mengetahui ^_^

Balik dari pertandingan akhir ni . Someone called me . Yeah , ''someone'' . Memang aku happy sangat time tuh , walaupun no dua at least team aku dapat naib johan , peringkat daerah pulak tu . Korang ada ? Non hado , hahaa . So , sepanjang perbualan kami , aku banyak cakap dan banyak sangat gelak . Someone tu pun pelik kot tengok aku happy semacam . Memori 1 jam 49 minit , aku takkan lupa sampai bila-bila . Selama ni dia je cakap , aku yang diam . Tiba-tiba hari tu , aku pulak banyak mulut . Dia banyak TERDIAM . Mungkin terkejut dengan reaksi aku yang super happy ? Hahahaha . Terima kasih awak :)

Banyak yang aku nak cerita , tapi aku rasa ni dah terlebih panjang kot , kang ada yang muntah warna-warni . Hahaha . So , kalau korang dapat chance untuk  join debat , pidato , public speaking whatsoever whether in malay or english , join lah . Kalah menang adat bertanding . Pengalaman tu penting . Tak dapat nak beli kat mana-mana tau . So , have fun joining such this awesome activities ! 

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^


Thursday, 3 April 2014

Tips pengurusan kewangan untuk pelajar-pelajar universiti

Assalamualaikum.

Yeahh , semangat nak aktif blogging kembali sebabnya aku dah boleh follow blog orang semula . Yay ! Alhamdulillah ^_^ So , jangan muntah warna warni eh kalau aku asyik nak update tips , cerita etc . Hee ~

Sebagai seorang penganggur yang terhormat berikutan tidak bekerja lepas SPM , kerja aku mostly mengadap laptop . Surfing internet . Takdelah buat perkara lagho je , aku cari jugak laman-laman ilmiah , panduan yang berkaitan , tips-tips yang berkaitan etc etc . Oh yer , aku juga main game kat facebook . Game Criminal Case . Sesiapa yang terasa nak jadi ahli forensik ke , inspektor polis ke , detective ke bolehlah main game tu . Best jugak lah . Selain itu *asal tetiba mcm buat karangan pulerr , aku turut terjebak dengan majalah online ! Yes , online ! FOC . Baca je . Majalah ape yang gempak tu ? Of course ramai yang dah tahu , tapi errr ada jugak yang taktahu kan ? Hihii . 

So , here it is ! Media Glam presents to you , Eternity !

Saje je printscreen majalah yang kak irine jadi cover . Hee ~

So , hasil daripada pembacaan aku daripada majalah edisi Mei 2013 , aku dapat info pasal tips pengurusan kewangan ni . Konklusinya , aku share lah dengan korang . Moga bermanfaat ! Sesuai untuk semua especially budak-budak lepasan SPM yang bakal melangkah ke alam menara gading . Wahh gituhh ! Kelas kau . Hahaa .

****************

Best ! Siap ada bunyik srett srett macam majalah betul2 weyh . Hehee .

1. SENTIASA CATAT DUIT KELUAR MASUK
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari . Dengan ini anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda . Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak , kurangkan perbuatan tersebut .

2. RANCANG BELANJAWAN(BAJET) ANDA SENDIRI
Dengan wang sedia ada , anda rancang belanjawan anda sendiri . Utamakan pembayaran yuran , akademik , makanan dan tempat tinggal . Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih .

3. SIMPAN RESIT BAGI SETIAP PEMBELIAN
Dengan ini , anda akan ada rekod setiap pembelian . Setiap bulan , trace kembali di mana wang anda digunakan .

4. SIMPAN WANG YANG TIDAK DIGUNAKAN
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang , simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan . Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu dibayar seperti yuran persatuan dan sebagainya .

5. ELAKKAN HUTANG
Jangan berhutang untuk apa-apa tujuan sekalipun . Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda . Berhutang akan jadi beban apabila pemberi hutang mula menagih hutang dari anda .

6. BELI SEMUA KEPERLUAN AKADEMIK MENDAHULUI PERKARA LAIN
Disebabkan anda sedang belajar , segala urusan akademik perlu didahulukan . Pada minggu pertama semester , anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut .

7. ELAKKAN DARIPADA MENGIKUT KAWAN YANG ADA DUIT YANG BANYAK
Jika anda tiada duit , jangan ikut kawan anda yang ada banyak duit atau mereka yang boros . Takut-takut nanti anda turut terikut boros berbelanja .

8. SERTAI AKTIVITI KAMPUS
Untuk menguruskan wang , anda perlu ada disiplin yang kuat . Untuk mengajar anda erti disiplin , anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya .

9. BELI BARANGAN YANG PERLU SAHAJA
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan , jangan beli . Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja .

10. AMALKAN HIDUP SIHAT
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat . Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat dikurangkan .

Aku rasa kan , relevan jugak lah tips-tips yang ada dalam majalah Eternity nih . So , sama-samalah kita amalkan , insyaAllah . Yelah , memang banyak pakai duit kan bila dah masuk universiti/matriks/spm/etc . Jadi , kita kenalah berjimat . Kita dok sedap-sedap makan Nando's , Secret Recipe bagai , mak ayah kat rumah makan nasi dengan ikan kering je . See ? Macam tak kurang ajor pulak kan . Haa , so berpada-padalah bila berbelanja nanti yoo . Mudah-mudahan kita semua tak terkena kejutan elektrik , eh silap , kejutan budaya ! Hehee .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...