Tuesday, 22 April 2014

#Throwback - Conquering Chocolate Fountain on Hari Keusahawanan 2013

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ehemm . Hai . Lama tak update . Kan ? Ada orang perasan tak aku dah lama tak update ?

Krik krik krik 

Bukannya tak ada idea . Adaaaa ! Banyakkkkkkkk !!! Tapi , kekangan masa . Yes , i am too busy . Pheww . Entahlah , sejak dapat result spm , kesibukannya menjadi-jadi . Ke aku sorang je yang camtu ?  *facepalm* Bukannya buat apa pun . Pergi sekolah , sebab nak uruskan certain things . And yeah , shopping untuk persediaan sambung belajar . Awal sangat ? NO ! Sebab , no matter what , aku tetap nak sambung belajar . So , takde ruginya beli barang awal-awal . Awal tak awal lahh , pejam celik pejam celik result matriks and upu pun keluar . Tak ke kelam kabut bila time tu nak pergi , time tu baru menggagau nak beli barang ? Pastu , time tu jugak benda yang kita nak dah takde or habis etc . Padan muka lah . Sape suruh tak get ready awal-awal . Nasiblah dapat ''barang last minute'' . Kalau last minute tu , faham-faham je lahh kan . Hee ~

So , harini aku nak buat entry baling belakang aka throwback . Lama tak #terobekhatiku , bak kata Bongtri . Hahaha . Siapa Bongtri ? Suami Kokping (Fynn Jamal) lerr .

Last year , aku tiba-tiba join meniaga dengan budak-budak pengawas aku . Ketua pengawas yang berkaliber yer . Turun padang katakauuuuu :P Mula-mula aku nak join Science Fair by my class , tapi entah kenapa aku nak join jual-jual pulak . Kesian lah kan sebab kurang penjual .  Sebab ada chocolate fountain je sebenarnya :P Yelah , ramai pengawas-pengawas aku yang dok tolong persatuan/kelab/unit beruniform masing-masing kan . Eleh , ada je yang malas nak datang and datang hari keusahawanan sebab nak jalan-jalan dengan buayapreng and gelipreng tuu . Mcm aku taktau . Lalalaa ~ Abaikan bebelan aku . Hahaa .



Ohhhh , ada reben perasmian ?

 Kenapa aku tak perasan time emcee umumkan perasmian and all ? Ok , aku tau kenapa . Budak-budak ni semua dah excited sangat , so diorang berlari dengan penuh keterujaan dan kebisingan menuju ke gerai-gerai terutamanya satu-satunya gerai yang ada chocolate fountain tuhhhhhh :P

Sumber dua gambar di atas ni adalah dari facebook sekolah :D

 Can you see the sexy chocolate fountain ? Aku yang tengah dip marshmallow kat chocolate fountain tuh . Busy sangat time ni . Tak dan nak pandang camera . Haih -,-

We were selling Marshmallow dipped with chocolate , Colourful Lollipop , Cocktail and many more delish foods ! Theme kami haritu ialah CHOCOLATE . Sebab itu lah ada chocolate fountain . Tak menang tangan layan customer yang tak putus-putus . Kitorang tak bersiap sedia nak mula meniaga pun orang ramai dah serbu . Pheww . Tak sempat nak rasmikan our main attraction -- marshmallow dipped with chocolate . Sobsob .

It's me again who's conquering the chocolate fountain ! 

Sebab aku kan terer main bende ni . Time ni , terpaksa tutup chocolate fountain , so tiada pancutan coklat akan berlaku . Sebab we were out of chocolate and marshmallow stockkkkk !! So , our runningwoman pergi merempit ke kedai yang berdekatan untuk pergi beli kejap . Nasiblah awal-awal lagi dah spot and cari kedai , yelah kot-kot ter-habis cepat ke . Padahal kitorang dah sediakan lebih drpd target jualan tau bende alah ni semua . Sekali , memang terlebih target jualan sangat-sangat . 2 3 kali ulang alik kedai sebab out of stock . Rezeki Allah bagi tak putus-putus kan . Hehee . Kawan datang beli pun aku boleh tak perasan . Erk .


Kan aku dah kata aku yang conquer bende alah fountain ni . Hee ~ 

Nampak tak susunan marshmallow tu ? Asal letak je habis . Tak boleh nak duduk walau sesaat . Boleh bayangkan kesibukannya ? Haaa gituh . Ada dua jenis marshmallow . Satu yang dip penuh , satu yang mcm dalam gambar tuh . Yang kesiannya kami semua tak dapat nak merasa foods yang kami jual !! Dah habis . Nak bawak balik untuk adik aku pun , aku terpaksa beli makanan lain kat kedai lain . Sebab kat kedai kitorg ni dah xde apa yang tinggal . Ada lah yang tinggal , gula-gula and lollipop sikit . Hahaha . Sebab kebanyakannya pembeli lollipop ialah budak-budak . Mak bapak budak pun ade . Kitorg memang sedia banyak lollipop . Pastu aku buat gubahan lollipop ala-ala bunga gituh . Tapi takdelah gambarnya , kan aku dah cakap , tak sempat nak buat apa , customer dah serbu .

Aku dah plan lah lepas set up gerai , nak amek gambar buat kenangan gituh . Tetapi . Segala-galanya musnah . Ranap ! Dan lagu pelamin anganku musnah pun berkumandang . Aduhaii . Kitorang swith on je plug chocolate fountain , terus ramai orang serbu . Padahal kitorang nak testing je time tuh . Ke kitorg ni tak perasan yang pengetua dah rasmikan Hari Keusahawanan ni ? Hahaha .

Pengalaman jadi peniaga walaupun sekejap je memang worthy . Best ! Tapi bila balik tu , terbongkang tak hengat dunia . Yelah , asyik diri je . Mana ada dudukya . Baru nak tarik kerusi , ada je orang datang . Hehee . Aku akan rindu moment ini . Seriously !!! Sobsob :'(


p/s Aku plan nak letak chocolate fountain lahh time wedding reception aku nanti . Ohoiiii . Berangan ! Ayahanda suruh belajo dulu . Krik krik krik krik .


Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

21 comments:

  1. wow, nampak sedap. kalau saya pun, saya pergi serbu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktaulah sedap ke tak , tak sempat merasa . Hahaa >.<

      Delete
  2. sedapnye..tgk pon da tau sedap;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi , tengok je dh tau ehh ? Hehee :D

      Delete
  3. Wahhh best tu! Saya pun kalau nampak memang rasa nak beli semua. Kehkeh.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha . Beli semua ? Larat ke nak makan >.<

      Delete
  4. allahu . cekelat la beb . haha dapnyer .
    kote geng eh . 13 and johorean kikkikikiii

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Yup ! Ditambah lagi dpt coklat drpd chocolate fountain , yummyyy . Hehee .

      Delete
  6. macam sedap coklat tu..nak letak jugaklah untuk weeding nanti..hakhakhak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee , jom-jom . Mesti letak dlm list ! :D

      Delete
  7. OMG marshmellow + chocolate. Nak nakkkk!!!! :'/

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. lama tak dapat makan mashmallow celup dengan chocolate fountain. melting tekak tengok gambar ni T__________T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt . Hehee , mntk encik suami carikan kak :D

      Delete
  9. assalamualaikum....stoberi xdak ka??? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt . Stoberi mahai ! Hehehe >.<

      Delete
  10. mashmallow dgn coklat.. sedapnye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...