Thursday, 3 April 2014

Tips pengurusan kewangan untuk pelajar-pelajar universiti

Assalamualaikum.

Yeahh , semangat nak aktif blogging kembali sebabnya aku dah boleh follow blog orang semula . Yay ! Alhamdulillah ^_^ So , jangan muntah warna warni eh kalau aku asyik nak update tips , cerita etc . Hee ~

Sebagai seorang penganggur yang terhormat berikutan tidak bekerja lepas SPM , kerja aku mostly mengadap laptop . Surfing internet . Takdelah buat perkara lagho je , aku cari jugak laman-laman ilmiah , panduan yang berkaitan , tips-tips yang berkaitan etc etc . Oh yer , aku juga main game kat facebook . Game Criminal Case . Sesiapa yang terasa nak jadi ahli forensik ke , inspektor polis ke , detective ke bolehlah main game tu . Best jugak lah . Selain itu *asal tetiba mcm buat karangan pulerr , aku turut terjebak dengan majalah online ! Yes , online ! FOC . Baca je . Majalah ape yang gempak tu ? Of course ramai yang dah tahu , tapi errr ada jugak yang taktahu kan ? Hihii . 

So , here it is ! Media Glam presents to you , Eternity !

Saje je printscreen majalah yang kak irine jadi cover . Hee ~

So , hasil daripada pembacaan aku daripada majalah edisi Mei 2013 , aku dapat info pasal tips pengurusan kewangan ni . Konklusinya , aku share lah dengan korang . Moga bermanfaat ! Sesuai untuk semua especially budak-budak lepasan SPM yang bakal melangkah ke alam menara gading . Wahh gituhh ! Kelas kau . Hahaa .

****************

Best ! Siap ada bunyik srett srett macam majalah betul2 weyh . Hehee .

1. SENTIASA CATAT DUIT KELUAR MASUK
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari . Dengan ini anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda . Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak , kurangkan perbuatan tersebut .

2. RANCANG BELANJAWAN(BAJET) ANDA SENDIRI
Dengan wang sedia ada , anda rancang belanjawan anda sendiri . Utamakan pembayaran yuran , akademik , makanan dan tempat tinggal . Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih .

3. SIMPAN RESIT BAGI SETIAP PEMBELIAN
Dengan ini , anda akan ada rekod setiap pembelian . Setiap bulan , trace kembali di mana wang anda digunakan .

4. SIMPAN WANG YANG TIDAK DIGUNAKAN
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang , simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan . Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu dibayar seperti yuran persatuan dan sebagainya .

5. ELAKKAN HUTANG
Jangan berhutang untuk apa-apa tujuan sekalipun . Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda . Berhutang akan jadi beban apabila pemberi hutang mula menagih hutang dari anda .

6. BELI SEMUA KEPERLUAN AKADEMIK MENDAHULUI PERKARA LAIN
Disebabkan anda sedang belajar , segala urusan akademik perlu didahulukan . Pada minggu pertama semester , anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut .

7. ELAKKAN DARIPADA MENGIKUT KAWAN YANG ADA DUIT YANG BANYAK
Jika anda tiada duit , jangan ikut kawan anda yang ada banyak duit atau mereka yang boros . Takut-takut nanti anda turut terikut boros berbelanja .

8. SERTAI AKTIVITI KAMPUS
Untuk menguruskan wang , anda perlu ada disiplin yang kuat . Untuk mengajar anda erti disiplin , anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya .

9. BELI BARANGAN YANG PERLU SAHAJA
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan , jangan beli . Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja .

10. AMALKAN HIDUP SIHAT
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat . Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat dikurangkan .

Aku rasa kan , relevan jugak lah tips-tips yang ada dalam majalah Eternity nih . So , sama-samalah kita amalkan , insyaAllah . Yelah , memang banyak pakai duit kan bila dah masuk universiti/matriks/spm/etc . Jadi , kita kenalah berjimat . Kita dok sedap-sedap makan Nando's , Secret Recipe bagai , mak ayah kat rumah makan nasi dengan ikan kering je . See ? Macam tak kurang ajor pulak kan . Haa , so berpada-padalah bila berbelanja nanti yoo . Mudah-mudahan kita semua tak terkena kejutan elektrik , eh silap , kejutan budaya ! Hehee .

Sekian , terima kasih daun keladi ^_^

8 comments:

  1. Replies
    1. No worries ;) Moga bermanfaat yer , insyaAllah :D

      Delete
  2. bagus sgt tips nie.. masa dekat u mmg kene perlu berjimat-cermat sbb time belajar duit cukup2 mkn jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan ? Tu lah . Banyak dgr drpd senior2 , hidup kat uni memang sesak jugak lah kalau xpandai berjimat , huhuu .

      Delete
  3. i dunno how to handle duit. and cant handle. hahaha. im a boros type of ppl tho. so thanks lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha no worries lah dear . I pun sometimes ter-boros . So , insyaAllah tips ni dpt membantu ;)

      Delete
  4. like like like this entry!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...