Wednesday, 13 May 2015

Senarai barang keperluan ke IPT (UiTM)

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum and hello!

As expected, I will update this. The title kinda formal *cough*. Since there are some people contacting me about "what to bring to IPT" so here is the answer. Hope it helps!

My things. Banyak betul. Beg kecik yg banyak hahaha :P Ni masa dh nak gerak ke Kuantan. Jadi, macam xsenonoh sgt packing-nya sebabtu banyak beg >.<

Masa aku nak masuk, I prepared 2 bags (actually, 3 eh no, banyak sebenarnya). 1 bag untuk MDS, and beg-beg lain untuk menetap kat Kuantan. Hal ini disebabkan (amboi formalnya!) MDS kitorang kat UiTM Jengka then after MDS kitorang gerak ke UiTM Kuantan naik bas UiTM bersama barang-barang yang sangat banyak ituuu. So, jangan pelik kenapa mcm banyak sgt barang aku ok :P


PALING WAJIB
  • Surat Tawaran
  • Gambar berukuran passport - 10 keping (lebih takpe)
  • Dokumen-dokumen penting
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa yang telah disahkan
  • Salinan sijil yang telah disahkan (ni aku bawak je, tak ingat dia guna ke tak hahaha)
  • X-Ray and medical checkup's result


CLOTHING

  • Baju melayu, sampin etc [lelaki]
  • Baju kurung, jubah etc [perempuan] (bawa banyak baju kurung sebab masa MDS mmg akan pakai hari-hari, ikutlah OC suruh pakai apa)
  • T-shirt, kemeja lengan panjang/pendek
  • T-shirt lengan panjang colour putih [perempuan] (ni untuk MDS tau, sehelai dua je bawa, ikutlah OC suruh pakai bila)
  • Seluar - tracksuit, slack, jeans (jangan mengada nak yg ketat-ketat eh)
  • Kain batik [perempuan] & kain pelikat [lelaki]
  • Sweater/cardigan
  • Kain hitam dan baju kurung putih (untuk MDS)
  • Tudung hitam (masa aku MDS memang hari-hari wajib tudung hitam)
  • Variasi tudung ikut suka (uni kot, shawl ke hape ke pakai je lah tapi jangan pakai untuk MDS)
  • Anak tudung
  • Anak-anak ........ , kain dalam etc
*OC = Orientation Committee - Haa, ni kira fassi untuk orientasi. Senior-senior korang jugak lah sebenarnya :)



FOOTWEAR
  • Kasut yang bertutup
  • Kasut sukan (masa aku MDS, memang kena pakai sport shoe)
  • Flip flop (untuk pergi toilet?)
  • Sandal atau any footwear untuk jalan-jalan
  • Socks



TOILETRIES
  • Sabun mandi (seeloknya yg liquid lah)
  • Syampu
  • Pencuci muka (ikut suka, kalau pakai, bawaklah)
  • Ubat gigi & berus gigi
  • Baldi kecil ke bakul ke apa-apalah untuk letak toiletries tu



LAUNDRY
  • Baldi (penting ni)
  • Gayung
  • Bakul/baldi baju kotor
  • Sabun basuh baju (kalau bawa yg serbuk, hati-hatilah takut terabur ke apa)
  • Pelembut kain (pakailah, bagi lembut je kain tu hihi)
  • Hanger (Bawa banyak-banyak ye. hanger untuk jemur kain and gantung baju dalam locker. Tolong tulis nama!)
  • Sepit baju (Bawa banyak jugak and tulis nama!)
  • Hanger bulat kecil (untuk yg benda-benda kecik tu :P)

Baldi aku bawak 3. Saiz besar, medium dan kecil. Yg besar tu untuk basuh baju, yg kecil tu untuk barang toiletries dan yg medium tu bagi pinjam kawan hahaha :P Sebab tempat aku ad shower, so takpayah guna baldi. Tapi, in case memang kena tadah air, baldi medium and gayung berguna juga :)




STATIONARY
  • Test pad (bawak banyak-banyak sebab memang akan guna setiap masa)
  • Pens, pencils, liquid paper/correction tape, rulers, erasers, glue, scissor
  • Fail (senang nak combine notes so nak exam taklah meraba-raba cari notes)
  • A4 papers
  • Stapler
  • Penebuk lubang
  • Paper clip



FOODS AND DRINKS
  • Stok makanan macam biskut ke roti ke cereals ke
  • Air 3 in 1 (senangkan students :P)



ROOM
  • Cadar and sarung bantal (bawaklah 2)
  • Bantal
  • Selimut/comforter
  • Tong sampah kecil
  • Alas kaki
  • Padlock (untuk locker)
  • Pewangi locker
  • Plastic bags
  • Jam loceng
  • Bantal busuk ke teddy bear ke. Kang xleh tido kalau xbawak :P
  • Cermin kecil (suka hati)
  • Newspaper/kertas minyak/ape-ape yg boleh untuk alas dalam locker
  • Calendar
  • Kertas sampul hadiah nak tampal kat board
  • Alas meja untuk meja study



GADGETS AND ELECTRICAL APPLIANCES
  • Laptop & charger
  • Handphone & charger & earphone & powerbank (kalau ada)
  • Pendrive
  • Iron (bawa sekali iron board kalau nak)
  • Heater (nak masak air)
  • Extension wire



EMERGENCY KIT
  • Ubat-ubatan (kalau ada sakit)
  • Vicks
  • Minyak gamat
  • Hansaplast plaster
  • Minyak angin (kalau jenis xpakai, janganlah bawa)
  • Minyak yuyi (kalau rasa nak bau ala-ala baby :P)



PERSONAL CARE
  • Deodorant
  • Perfume
  • Bedak
  • Losyen (ok aku xbawak pun :P)
  • Cotton buds
  • Nail clipper
  • Sikat
  • Minyak rambut [lelaki]



RELIGIOUS THINGS
  • Al-quran
  • Yassin
  • Telekung & sejadah [perempuan]
  • Kopiah/songkok & sejadah [lelaki]



OTHERS
  • Tupperware, sudu, garfu, gelas, botol air, pinggan, mangkuk
  • Dumbbells (kalau awak tu org gym hahah)


That's it! Tu je lah kot hehee. Rasa mcm dh complete. Kalau ada yg tertinggal, nanti aku akan update ye :) Kalau rasa benda tu penting dan akan digunakan, bawak. Kalau rasa tak guna, tak payah bawak, buat semak je. Aku buat ni as guidance je. Nak ikut ke taknak, ikut suka okay. Selamat mengemas barang!!! Nanti aku buat entry untuk MDS since ramai gak tanya pasal orientasi aka Minggu Destini Siswa ni. All the best everyone!

p/s Counting the days. Oh 15 May!

Until then, bye and assalamualaikum!

41 comments:

  1. thanks utk entry ni! huhu banyak juga ye yg nak kena bawak, bab packing barang tu yg malas sungguh T__T

    eh iron boleh bawak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa betul! Boleh, kenapa tak? Nanti nak iron baju tudung semua cmne hihi >.< Kena bayar duit elektrik, 1 barang RM10 :D

      Delete
  2. huhu entry yang berguna. Boleh buat rujukan untuk masuk UiTM bulan depan. heheee

    Kain hitam dengan baju kurung putih tu macam mana? Baju kurung plain ke? Yang macam baju sekolah tu ke? Untuk ape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, UiTM mana? Yep, plain mcm baju sekolah tu hehee. Utk pakai masa acara perasmian pembukaan MDS masa awal2 MDS dan acara perasmian penutup MDS masa hari terakhir MDS. Kena pakai 2 kali lah. Bawak sepasang je, nnti basuh :)

      Delete
    2. kalau kain biru gelap boleh tak?

      Delete
  3. teringat masa nak masuk stdy dulu. hehe. akk lagilah. mula2 masuk sikit je. bila dah habis sem, nak bawa balik barang sampai 2 kereta penuh. see, banyak tak banyak barangnya. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa kan? Dh duduk sana, macam2 jugak beli. Dgn beg buku-bukunya lain hahaha >.<

      Delete
  4. kite dulu tak bawak banyak pun barang. tapi last last sem barang jadik banyak pulekkks. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa normal lah tu kan? Lagi2 perempuan >.<

      Delete
  5. Time MDS boleh tak pakai shawl hitam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu akak, tak boleh. Kena pakai bawal. Tapi bergantung kepada tempat awak orientasi lah :)

      Delete
  6. sangat membantu! Thank you 😍

    ReplyDelete
  7. Kalau lelaki tu time MDS kene pakai ape sis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lelaki, baju kemeja putih dan seluar slack hitam untuk majlis formal (penutup & pembukaan mds). Kalau hari orientasi biasa, baju kemeja biasa tak kisahlah bercorak ke rainbow ke apa and slack :) Ada jugak hari yg diorang akan minta siswa pakai tshirt and tracksuit. Depends. Membantu tak? Hehee.

      Delete
    2. Oh jangan lupa bawak baju melayu jugak ;)

      Delete
  8. Rase berdebar2 pulak nk masuk kampus ni hehehe..
    Akak kat sana mcm mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh awak dapat kampus mana ni? Hehehe. Akak kat UiTM Seremban 3 sekarang. Alhamdulillah everything is in order for this time being :)

      Delete
  9. Pegi uitm memang kena siap siap pakai baju kurung putih and hitam ke akak?

    ReplyDelete
  10. salam dear..kalau utk hari last mds. utk siswi..kalau pkai baju kurung putih yg ada corak2 bole ke? atau pakai kemeja putih yg agak labuh seakan2 baju kurung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tak digalakkan dear. Better pakai baju kurung putih yang baju sekolah tu :)

      Delete
  11. terima kasih sgt2
    sgt membantu sy

    ReplyDelete
  12. Salam sis. Untk mds tu boleh ke pakai shawl hitam? Atau wajib tudung bawal? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Memang wajib bawal. Ikut rules mds tempat masing2 :)

      Delete
  13. assalammaualaikum sis,kipas boleh bawak tak? ��

    ReplyDelete
  14. Salam, kipas boleh bawa tak?

    ReplyDelete
  15. Assalam sis. Saya dapat uitm seremban 3.. sana boleh bawak iron tak? Peraturan ketat tak?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. hi akak :) saya pun masuk uitm s3 ahad ni. thanks for the info 😊 btw akak course apa ye?

    ReplyDelete
  18. sorry nak tanya , masa mds boleh stay atau balikkan ? kalau stay , dapat bilik . bilik tu remain untuk kita ke atau masa daftar nanti dia ubah ? plus , kalau stay , kena bawa baldi semualahkan ?

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum. Saya dapat UiTM Seri Iskandar. After MDS terus start class or ada cuti then baru start class?

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikum. Akak, mintak copy senarai ni ye *wink wink*. Nak buat rujukan. Thanks a lot..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...