Thursday, 7 May 2015

UPU's result and Matriculation, which one to choose?

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum and hye everyone! 

My dad is getting better alhamdulillah ^_^ Now, he is placed in the normal ward. What a relieve. Phewwww. May Allah give a speedy recovery to him. Oh yes, I am nervous. 15th of May just around the corner. My second semester's result will be announced on that date, insyaAllah. Good luck to all especially Law Foundation's students of UiTM Kuantan. May dreams come true! InsyaAllah ameen. We've done our best and leave the rest to Allah. 

Okay, result UPU untuk adik-adik lepasan SPM 2014 have been announced kan? Hah macam mana? Dapat Asasi Undang-undang tak? Eh kejap, kenapa tetiba taip in Malay ni? Ok takpe teruskan. So yeah, akak doakan yg terbaik untuk korang. Buatlah pilihan yang mampu membahagiakan diri korang and parents. 

Nak baca so called kisah keputusan UPU akak, boleh baca DI SINI.
Nak baca so called kisah keputusan matrikulasi akak pulak, boleh baca DI SINI.

Akak tolak tawaran matrikulasi dan terima tawaran UPU. Matriks akak dapat course Science. Akak memang dah berazam taknak sambung Science sebab memang tak minat langsung. Alhamdulillah dapat kredit untuk subjek-subjek sains tu masa SPM >.< To be honest, akak memang nak ambil Asasi Undang-undang right after SPM. For me, itulah my path. Well, I knew about Law Foundation pun masa dah nak dekat trial SPM kott. Masa tu memang terumbang-ambing gak, takde ambition yang tetap. Berangan nak buat pharmacy. Bila jumpa counselor sekolah and tanya pasal pharmacy, then dia kata:

 "Awak bukan nak ambil undang-undang ke?"

I was shocked. I have zero knowledge about law thingy, you know. Tak terfikir langsung. Then, balik sekolah terus on laptop, buat some research pasal undang-undang and I found Asasi Undang-undang UiTM. Kiranya semua kisah-kisah asasi ni aku baca. Tak tertinggal walau satu, aku bet lah hahaha. The result is, law is interesting and fun! Aku pun nak keluar dari zon selesa and try benda baru. So bermula dari situ, aku tanamkan azam:

"Lepas SPM, aku nak sambung Asasi Undang-undang UiTM."

Memang gila. Tak pandang course lain langsung. Memang fokus untuk law sahaja. Time dapat tawaran matrikulasi pun aku memang takde rasa langsung. Mohon sebab budak-budak kelas sains sekolah aku kena mohon. Aku memang taknak langsung. Isi pun ye tak ye je, buat cukup syarat. Memang nak tolak terus time dapat offer tapi mak kata hold dulu, tengok result UPU macam mana.

After a week, (tak ingat berapa lama sebenarnya) keluarlah keputusan UPU. Alhamdulillah, I've got my first choice which is PI005: Asasi Undang-undang UiTM. Terus terima time tu jugak and tolak tawaran matriks. Hah bayangkanlah perasaan aku time tu. Mak kat sebelah pun excited. Untuk pengetahuan korang, mak ayah aku memang tak pernah halang aku nak sambung apa-apa. What's best for me is best for them. Diorang sendiri yang suruh aku buat pilihan aku sendiri sebab taknak aku menyesal di kemudian hari and nak bagi aku rasa enjoy untuk belajar. My parents is really supportive, alhamdulillah.

Sekarang, asasi pun dah habis. Duration pengajian tak sampai setahun. Around 8 months++ je. Memang jimat masa. Tapi kelas packed gila. Yang bestnya, takde kokurikulum. Masa asasi memang kena struggle lah. Buat apa habiskan masa setahun dengan sambil lewa? Kalau tak lepas minimum requirements untuk sambung ijazah, tak masal kau kena restart dari A. Buat Form 6 ke diploma ke apa. Sebab ape? Transkrip result asasi tak boleh buat ticket untuk kerja. Itu hanya ticket untuk masuk ijazah. Tak ke rugi? Rugi beb. So, kalau dapat asasi ke matriks, (actually semuanya) korang kena manfaatkan masa sebaik-baiknya. Belajar sehabis baik. Setiap course ada kebaikan dan keburukan dia. Jangan pandang rendah kat course orang lain and jangan rasa course yang awak dapat tu high class sangat dan korang pandang lekeh je kat budak-budak yang dapat asasi undang-undang. Memang aku debik kalau jumpa orang macam ni. Hahaha.

Akak akan buat entri-entri khas untuk Asasi Undang-undang UiTM. Complete set insyaAllah. Tapi kalau korang nak "jawapan" yang cepat, boleh contact kat facebook ye. Akak free je. Selagi tak online, selagi tu tak jawab. Once akak online, i will answer your questions immediately. You can CLICK HERE to contact me :)

Buatlah keputusan sebaiknya. Istikharah. Kalau mak bapak halang korang nak pursue benda yang korang minat, discuss elok-elok. InsyaAllah diorang akan faham. Tapi ade je yang terpaksa terima apa yang mak bapak putuskan. So yeah, suka hatilah. Apa yang penting, korang boleh hidup dengan keputusan tu. Kalau nak minta pendapat akak ke apa, silakan. Bukan pasal asasi undang-undang pun boleh. Macam nak tanya beza diploma, asasi, matriks and form 6 ke apa ke. Suka hati. Jangan malu-malu. I'll try my best to help you, insyaAllah.


A visit to the court on last year. A Deputy Public Prosecutor to be maybe? InsyaAllah.

Oh ya. Now tengah tunggu result exam semester 2 dengan panggilan interview untuk Bachelor in Legal Studies (Hons). Kalau ade rezeki, pergi interview and jika diizinkan Allah untuk sambung BLS, bulan September ni akan sambung ijazah. Moga Allah permudah segalanya. Semoga ayah cepat sembuh and cepat-cepat keluar hospital. Ameen!!

Kawan aku gi jumpa dekan kat Shah Alam semalam, dia kata jangkaan tarikh macam ni lah lebih kurang.
15 Mei 2015 : Keputusan semester 2.
15 - 23 Mei 2015 (Lebih kurang gitu) : Panggilan untuk temuduga.
23 - 26 Mei 2015 : Temuduga.

Until then, bye! ^_^

6 comments:

  1. wahh! hebat. menarik pulak XD

    ReplyDelete
  2. oh man... sekejapnya tarikh nak temuduga... oh my~ my.. dah kena study baliklah ini :'))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa kan? Dah macam nak exam bila nak study tu hihihi.

      Delete
  3. wahhh, lebih kurang macam saya. dulu nk jdi dktor, tpi lepas tu x brape minat. then nk jdi pakar nutrisi, then nk jdi dermatologist, but rupanya dermatologist ni doktor juga, kehkeh. ttiba lepas spm, terminat dgn satu pekerjaan ni, padahal selama ni xpernah dengar dan x pernah terfikir nak jadikan benda tu sbagai pekerjaan pon xD and rasanya dapat diploma yg ssuai kot , Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan? Macam-macam nak jadi sebenarnya. Semoga berjaya dan terus cemerlang di masa hadapan! :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...