Friday, 7 August 2015

Working Life (Part time)

Assalamualaikum and hye!

So, right now aku tengah tunggu nak masuk kerja pukul 1. Rasa macam nak update blog sekejap lah kan. Dahlah banyak overdued posts yang aku tak reti-reti nak post. Banyak jadi draft je ihiks. 

Tak lama lagi result UPU keluar. 11 Ogos 2015. Aku dah mixed feelings. Kebanyakan masa aku tak rasa apa-apa. Maybe sebab dah busy kerja kot. So, rasa nervous apa semua dapat dibendung. Gituhh! Risau memanglah risau. Tapi, bila dah ngadap seluar baju kat Cheetah tu, aku dah takde rasa apa-apa. Like yeah. Padahal kerja sekarang ni bukan busy mana. Kena make sure counter kemas and serve customers. Tu je. Senang kan? Haaa tak kerja mana tau senang ke tak kahkah. 

Aku kerja kat pasaraya as part time. Sales assistant. Memanglah tak glamour. Tapi pengalaman tu yang penting kan? Deal with lots of people yang bermacam ragam and karenah. Yang cerewet, yang tak kisah langsung pun hado hahaha. Dulu aku kerja kat Baby & Children Department, under jenama Binbi. Right now aku kerja kat Gents Department, under jenama Cheetah. 

My punchcard at Cheetah.

Aku start kerja kat department Cheetah ni 1 Ogos. Harini dah genap seminggu lah kan. So far so good. Everything went well. Oh ye, ramai orang kat sini tak bagi aku masuk department Cheetah ni because org atas aku ni cerewet, suka membebel and whatnots. Tapi, aku yakin rezeki aku kat sini so aku terima offer dia utk bekerja kat department tu. Dah seminggu, and I am okay with her. Nak deal dengan dia tu tak senang mana and tak susah mana. Paham-pahamlah, dia dah baya nenek-nenek kot, mana taknya. Kena bersabarlah kan. Kalau dia tegur tu, kena terima dengan hati yang terbuka. Paling aku nak gelak is bila orang lain kata aku kena marah dengan dia padahal dia cuma cakap je. Aku rasa dia cakap je, takde nada marah pun. 

Punchcard tempat lama, Binbi.

Dulu aku kerja department Binbi, bahagian baju budak-budak. Stock punyalah banyak sampai rasa nak menangis kalau suruh kemas counter T_T Tapi aku berjaya lah kerja selama 2 months kat situ. Start kerja kat Binbi on 8 Jun 2015. Aku berhenti pun sebab contract dah habis. Kalau tak, memang aku kerja je kat situ sekarang ni. Sales lepas raya kat situ pun dah tak banyak so that's why taknak pakai part time lagi. Haaa sebabtu aku masuk Cheetah sebab sales Cheetah memang hari-hari akan ada. Minimum sales RM300. Okaylah kan? Nama pun lepas raya. Pernah jugak sales almost RM600 time aku jaga waktu malam tu. Haaa kira achievement unlocked lah untuk budak mentah macam aku ni.

Sebenarnya kan. Kat department lama tu, ada orang dengki sangat dengan aku sampai sanggup jaja cerita buruk pasal aku. Kononnya aku tak tolong dia lah, aku pemalas and whatnots. Geram memang geram. Marah jangan cakap lah kan. Tapi aku sabar je lah. Kalau tak sabar, aku memang dah belasah dia >.< Memang buruklah nama aku kat Baby & Children Department tu. Gila punya orang. Sekarang kalau aku nampak 2 makhluk tu, memang aku buat-buat tak nampak je. Malas nak layan. Kang keadaan lagi keruh. Biarlah nak kata apa pun, yang penting aku buat kerja aku. Kalau aku tak buat kerja, buat apa promoter aku yg sekarang ni offer aku kerja kat department dia. Betul tak? :)

Okayyy hujan pun dah mula turun. Sejuk je rasa. Lebih kurang setengah jam lagi pukul 1. Department baru ni kena on time. Kalau yg lama, boleh je nak masuk awal setengah jam atau sejam pun. Now, paling-paling pun 5 minit before pukul 1/pkul 6. Sedih kan? Tapi I okay jeee. Oh ye, sekarang aku kerja dua shift je. 3 hari masuk pukul 1 petang, 3 hari masuk pkul 6 petang. So, keenam-enam hari akan balik pukul 10 malam.

That's all for now. Bye!

Love, Lynn.

3 comments:

  1. begitulah cabaran alam pekerjaan ni lain, alam belajar ni lain...but pengalaman itulah yang paling berharga kan?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...