Saturday, 21 November 2015

Oh, did I have a blog?

Assalamualaikum and hye. Well, it has been a long time, my dear blog

I should be doing my revision and assignments instead of writing a blog post >.< This blog needs a post or two to make it lively, I guess. So, here it is. 


This is the owner just in case you have forgotten who is she :P

Sebenarnya, banyak je benda nak share cuma macam malas nak login blog. Sebab kalau dah start membebel tu, macam takde hari esok so, pardon me. Eleh, macamlah ada orang baca blog kau ni lin :P Bila amek gambar, pasanglah niat "nak update kat blog" tapi niat sekadar niat jelah. Hazlin ni jenis bangsa yang pelupa dan pemalas nak menaip entri macam zaman dolu-dolu. Agaknya sebab dah ada komitmen yang agak besauuu which is a degree student kot. Agaknyalah. Aku pun tak pasti hahaha.

Sekarang ni of course lah tengah busy nak kejar dateline assignments, presentation and whatnots. Dengan test and quizzes yg mengejut, memang kena physically and mentally prepared lah kan. Nak kata 24 jam mengadap buku tu bohong sangat lah. Aku cuma lebih suka bersendirian dalam bilik and bila datang saka nak belajar, aku belajar lah kan. Orang (housemates) je dok kata aku asyik study je padahal tak pun. Timing korang tu salah. Time korang jejak masuk bilik aku tu la aku baru je selak buku or baca slide notes or buat assignment etc hahaha. Tetiba je kena puji rajin. Tak masal. Hahaha.

Hmmm, sejujurnya aku taknak pun datang Seremban 3 ni dulu. Meraung, melalak apa semualah, kau cakap je semua aku dah buat, termasuklah baling Galaxy Grand 2 aku tu. Beria gila. Sekarang dah ada pun kat sini, course ape? Sains pentadbiran. Well, its all about administration. Seronok gila weh sebab ada accounts and business math untuk first semester ni. Aku rasa macam 'hidup' semula. Siapalah tak kecewa kan bila tak dapat apa yang kita nak sangat-sangat. Bacalah post yang lama-lama tu, ada lah jawapan apa yang aku nak sangat tu. Tapi, perancangan Allah tu cantik. Dah susun elok-elok untuk kita, tinggal nak bersyukur je.

Aku sangatlah bersyukur belajar kat sini. Walaupun dapat course yang aku macam tak berapa ngam pada mulanya, tapi sekarang dah jatuh cinta jugak lah. Cuma taknak praktis je nanti. Mungkin aku akan sambung Education pulak sebab macam seronok je jadi pengajar ni kan. Rancang je, taknak terlalu berharap. Takut jadi macam dulu huhuhu. Well, doakanlah yang baik-baik ye, thank you in advance hehee.

Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan <3 No filter, took by my new phone, Samsung Galaxy J7.

Aku pergi sini masa balik Kelantan haritu, mid sem break kan. Nanti kalau ada free time, aku try update pasal ni. Serious talk tapi taktau lah bila. Muahahahaha. Jangan tunggulah, confirm lambat. Budak ni dahlah acah acah busy memanjang puih.

Congratulations, Yik! I am so sorry for not being there during your graduation's day. Oh yes, tahniah jugak atas keputusan UPSR kau. Even tak straight A's tapi aku bangga jugaklah, kalau tak mengapelah aku cari hadiah nak bagi kat kau muahaha. Lepasni tunggu result PT3 Haikal pulak, I am wondering how many A that you'll get hmm hahaha. Oh haa, Haikal yg amek gambar ni, dia malas nak selfie sebabtu dia takde dalam gambar. Eh perlu ke bagitau? Lewls. Janganlah bash :P

Complete! ^^

That's all for now. Till we meet again. Stay gorgeous! Bye.

Love, Lynn.

6 comments:

  1. selalu dgr camtu, memula tak suka course yg kita ambil tu. lama2 belajar jadi suka pulak :D
    btw tahniah utk adik akak! kenapa dia darjah 6 ade graduation day kitorang takde pun?! haha jeles sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah lambatnya akak balas mazni oi hahaha. Terima kasih dik :) Itulah pasal! Akak pun takde graduation day tau dulu. Budak2 sekolah zaman sekarang untung sangat!!

      Delete
  2. belajar rajin2 ea..cantik gambar2 ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...