Sunday, 19 February 2017

Short escape to Malacca (23.09.2016)

Assalamualaikum and hye everyone!

Gigih sangat ni rajin update blog sekarang. Semua ni auto published ye. Bila ada free time banyak sikit, ha bertapa dalam bilik siapkan draft blog sebanyak yang boleh. Nak edit gambar lagi letak watermark lah apa. Target sekarang memang nak update semua draft yang tertangguh lama sebab busy study. Lama sangat menyepi. Bayangkan lah, pergi tempat tu dah berzaman, ada yang masa Semester 1 & 2. Semester 3 pun ada jugak. Tak kira, nak share jugak simpan buat kenangan hehe.

Mula-mula kitorang pergi tukar kad bank je kat bandar Seremban tu. Then, rasa macam nak pergi somewhere sebab kebetulan on that week masing-masing stress sebab susah sikit nak adapt dengan Semester 3. Time ni masih awal sem lah. Lecturer macam2 perangai dengan tugas assignment yang agak susah, dengan cara penandaan lecturer yang cerewet sampai sakit jiwa dibuatnya. Homesick pun ye jugak kot. Tapi aku macam biasa la, gagah perkasa kononnya :P


Lepas settle urusan kat bank, kena redah jammed teruk pulak. Masa otw balik tu la kitorang voiced out tiga tempat which are Kuala Lumpur, Melaka & Port Dickson. Sebulat suara tiga-tiga pilih Melaka setelah fikir baik buruknya ecewah! Masa otw ke Melaka tu baru call parents masing-masing. Ha gelabah baru nak mintak izin. Dahlah tiga-tiga anak dara. Nasib baik Mak dengan Ayah tak banyak bunyi. Bukan selalu anak dia buat kerja gila hahaha.

Terus masuk drive thru McD sebab malas nak dine in. Plan makan dalam kereta jelah sebab dah nak pukul 7pm. Kalau boleh nak sampai sebelum Isyak. Kereta kemain banyak atas highway tapi Dayang relax tekan minyak. Memang laju gila la. Sampai tol Ayer Keroh dah pukul 7.40pm macam tu. Then, berhenti kat Petronas tumpang solat, tunggu Isyak sekali, rehat jap bagi Dayang makan McD tadi. Aku dah habis lama dah hahaha. Dalam pukul 9.30pm baru sampai Bandaraya Melaka. Muka bercahaya je masing-masing. Cari parking dekat dengan tempat cruise tu, pastu jalan kaki la merayap hehe.

Tempat wajib selfie kan ni? Hehe


Jonker Walk Night Market

For me, Jonker Walk ni takde apa pun. Orang cina je yang meniaga. Jonker Walk Night Market ni memang tempat khas la for the chinese untuk menjual. Tapi nak beli apa-apa foods pun kurang yakin. Nampaklah bebola rotan yang lampu-lampu tu tapi tak beli sebab plan memang nak berjalan je. Duit pun tak berapa nak ada kalau nak shopping2 ni. Cheap thrills la kiranya ni hahaha. Lagipun bukan first time pergi Melaka. Sebelum ni pernah pergi dengan family tapi tak pergi Jonker Walk ni pun.



Ha tempat ni best. Best sebab barang-barang dia comel gila! Design and decorations dalam tempat ni pun so beautiful. Aku memang pantang kalau nampak tempat yang ada interior design cantik cantik ni. Geram je rase! Apalagi, bergambar la hehe. Tapi sekali lagi, cuci mata je.



Ramai kawan-kawan aku whatsapp tanya pergi bercuti kat mana bila aku share gambar ni kat twitter. Lawa sangat tempat yang kitorang pergi. Bila cakap pergi Melaka, katanya kita menipu pulak hahaha adui la. Melaka je, tak mampu nak pergi China lagi. Someday, insyaAllah hehehe.


Nice kan?

Then, lepas habis jelajah Jonker Walk, lepak jap kat Malacca River. Tengok cruise yang lalu bawah tu sambil berborak, gelak-gelak. Memang taknak fikir assignment ke apa. Nak relax je gitu. Then, lalu kat restoran and cafe yang ada sepanjang river tu. MashaAllah rasa macam duduk kat oversea dah. Kebetulan masa kitorang lalu, ada this one guy buat surprise kat his girlfriend/tunang/wife dia. Meriah dengan balloons, flower petals, bouquet of flower, tepi sungai & boleh nampak river cruise lalu pulak tu, memang romantik sangat! Lepastu kitorang bertiga tetiba jadi sendu sebab masih single hahaha.


Tengah-tengah tu la Jonker Walk. Penuh beca warna warni kat situ. Sesak sebab ramai sangat orang.


After that ingat nak lepak pantai. Tapi sebab dah malam, confirm la gelap. Takut pulak kan. Terus gerak balik Seremban. Memang tak plan nak tidur sana pun padahal ada je saudara stay kat sana. Kitorang sampai rumah sebelum tengah malam. Balik, sampai rumah masing-masing terus terbongkang. Lega sikit rasa sakit kepala sebab assignments lah apa tu. Kebetulan kitorang pergi hari Jumaat. So, weekend tu kitorang back to reality. Sambung buat assignments, soalan tutorial, prepare untuk presentations apa semua. Sekali sekala keluar dengan kawan-kawan ni seronok jugak. Tapi konsep cheap thrills ye. Takdelah macam orang lain sampai pergi holiday 3 hari 2 malam bagai. Apa yang penting, quality time yang kita spend dengan diorang kan.

That's all for now. Bye!

Love, Lynn.

Wednesday, 15 February 2017

Projek Ampai Ampai

Assalamualaikum and hye everyone!

Haritu I ada janji nak share dengan you guys pasal projek untuk subjek business I kan? Hehe terlambat pulak tapi takpe janji ada share kat sini so esok esok dah tua ke anak cucu semua boleh baca so bolehlah ingat balik susah payah nak siapkan projek ni. Gitu!

This project is a requirement under subject ENT 530: Principles of Entrepreneurship. Ni untuk Semester 3 kitorang lah. The most crucial part among all. For your information, I memang tak minat langsung business (yes, walaupun our family run a business) so I thought I wont be able to carry this paper. Tapi, bila dah belajar and selalu sangat buat ulangkaji (yelah, sedar diri tak berapa nak cerdik & taknak fail), I jatuh cinta dengan subject ni. Ni la subject paling favourite. Accounts boleh jatuh nombor dua tau dalam favourite list. Lecturer pun best gila walaupun orang lain kata sebaliknya. Punyalah gigih I study subject ni hahaha. Tests, quizzes alhamdulillah semua flying colours. Final paper taktau lagi la. Counting the days, tik tok.

Dah kata tadi the most crucial kan? Sebab projek ni jugaklah kitorang boleh ada perselisihan faham siap ada sorang tu declare putus kawan dengan kitorang & dia dah unfollow our socmed and I baru tahu benda ni few days ago. Tapi takpelah, tak rugi pun hilang kawan yang sebegitu rupa. Kalau case dalam team pun you cant handle, esok esok bila dah kerja taktaulah kan. Pandai pandai lah kau nak hidup hahaha. Okay tutup cerita pasal orang yang kurang common sense tu. Meh tengok gambar.

I dah bahagikan subheading for every parts, so senang korang nak baca. Almaklumlah entry ni agak panjang ye.


Part 1: Tukar projek

Ni logo syarikat kitorang. Konsep minimalis gitu hehe.

Ni malam paling gila.

 At first kitorang plan nak buat Sensor kereta bahagian depan siap ada airbag. Dah siap hantar weekly report dah. Madam pun approved and sangat suka dengan idea kitorang. Tapi after 2 weeks kitorang discuss, kitorang stucked. Yes, masing-masing mata dah berair. Acah je kental kan taknak nampak lemah hahaha. Malam tu jugak kitorang plan nak buat projek baru which is Ampai Ampai atau nama glamour dia, Ampaian Automatik

Reason? Lagi mudah nak buat prototaip and barang pun tak mahal. I memang otak finance sikit padahal budak admin hahaha. Malam tu jugak kitorang siapkan 2 weekly reports, siap dengan lakaran prototaip. Memula lepas isyak sampai pukul 12am kitorang buat kat campus. Pastu kena halau dengan Polis Bantuan eee kuangaja sangat ni takde common sense. Then angkut 2 orang ahli yang duduk kolej balik rumah sewa kitorang. Nasib baik yang lagi 3 ni serumah. Then, stay up sampai ke pagi tahap mata kuyu kejap bukak kejap tutup dok menaip report. Bayangkan lah. Kena pulak I memang kumpul semua details dalam report haaa lagi gila. 


Part 2: Approval from Madam

Pagi lepas stay up tu around 10.30am pergi jumpa Madam pulak sebab nak approval. Kitorang pergi 2 orang je sebab yang lain ada hal ada ada yang tertidur so takpe, kita considerate la kan apedehal. Dalam team ni kena give and take. Kalau benda sikit nak kecoh nak sentap, masalah la. I dengan member I tu siap buat presentation free depan Madam, tunjuk lakaran semua lah. Report nak kena hantar before 12pm tu. tinggal berapa jam je lagi. I memang terkejar-kejar la. Dah macam zombie. Kebetulan terserempak dengan member yang ada class on that day, diorang siap tegur kata nampak I macam zombie sangat. Memang bare face. Baju pun pakai baju semalam hahaha tak perasan weh >.< Luckily Madam suka dengan idea baru ni jugak. Madam bagi kelonggaran hantar report lambat sikit tapi takpe kita hantar je semua sebab dah siap kan. Efficient!


Weekly meeting. Muka acah bahagia tapi semua sleepless lagi2 yang tudung coklat tu kan? Nampak sangat hahaha

Sleep deprived people


Part 3: Beli barang & buat prototaip

Okay bila dah third last week of the semester, maknanya dah kena start buat prototaip sebab kena present masa second last week. First kita pergi cari barang nak buat prototaip. 3 orang; I, Ekin & Dayang ditugaskan untuk buat prototaip. Disebabkan free time masing-masing tak sama, masalah transport & pembahagian kerja yang agak lewat oleh ketua (yelah semua tengah gila kejar deadline assignments macam2) so kitorang beli barang 3 hari sebelum business pitching. Business pitching ni kiranya presentation la gitu. Then, I decided untuk beli barang haritu jugak no matter what. Pergi Mydin sebab barang kat situ murah. Hahaha bagus kan bakal isteri siapa lah ni. Bijak mengurus kewangan keluarga. Ek eh? :P

Budak berdua ni sampai dah buat Mydin tu macam rumah sendiri. Ni nak pilih suitable paper nak dijadikan alas base je tau!! 2 jam ye pusing cari barang, nak fikir lagi sesuai ke tak, convenient ke tak, budget cukup ke tak. Camni pun orang kata kita tak buat kerja. Takpelah, Allah lagi tahu kan hehehe.


Confuse jap. Ni cari barang hantaran ke barang projek business ni? Hahaha. Okay ni my most favourite part in Mydin. Mesti masuk bahagian ni even taknak beli apa-apa. I je ke yang gila?

Balik dari Mydin around 7pm macamtu terus gerak campus, tak balik rumah pun. Stay kat bilik BacAS je (bilik persatuan ye). Sebab nak siapkan jugak as soon as possible. Sebabnya week yang kena business pitching tu kitorang ada roleplay Mandarin jugak & kena hantar assignments for other subjects. Hectic gila I tell you. Nak nangis rasa tapi nak buat macam mana kan. Dah nama pun student. 

Ni untuk base ye. Kerja yang teliti macam potong benda alah ni, sambung apa semua memang bagi kat I je hahaha.


Satu hari setengah ye nak siapkan prototaip di sebalik kain maroon tu. Mampu? Orang lain pun lama nak siapkan benda alah prototaip ni.

Time ni malam okay. Dari tingkat 7 ke 8 kolej perempuan, kita angkut bawak pergi faculty. Jalan kaki je. Nak simpan dalam bilik BacAs sebab dekat dengan tempat business pitching sebab esoknya hari presentation. Orang dari kolej ke medan ke fakulti semua pandang kitorang pelik je k. Apalah perempuan 3 orang ni bawak agaknya.

Inilah dia projek kitorang!! Ampai Ampai. Kemain kan siap ada kimono bagai.


Part 4: Today is the day!! 20 Dec 2016

Ye memang tak cukup tidur. Tepek lipstick & mascara sikit taknak bagi nampak pucat sangat. Time ni tak pandai draw eyebrow lagi. Sekarang dah pandai sikit hewhew.


Orang orang kuat prototaip: I, Dayang & Ekin.

So called booth. Theme: Black chocolate.


We are done yeay!!

Our class ada 4 projects which are Multifunctional Bed, Ice-Cream Machine, Alarm Pillow & Ampai Ampai. Gila kentang nama projek kitorang je macam sesuatu sangat hahaha :P Kitorang dinilai bukan oleh lecturer sendiri ye. Panel luar yang evaluate kitorang. Memula takut gila sebab tak kenal 2 orang panel tu. Madam pulak selamba je tinggalkan kitorang dengan panel tu. Tapi bila dia datang dari 1 group to another rasa okay je sebab diorang sempoi! Kitorang group ketiga present. I rasa tu la the best presentation yang I pernah buat hahaha :P

That's all for now. Bye!

Love, Lynn.



Monday, 13 February 2017

4 more days

Assalamualaikum and hye everyone!

Ha kemain tajuk acah curiouscat. Apa yang dok counting sangat tu? Result finals la, 4 hari je lagi. Bukan counting the days nak kawin ye. Calon pun belum ada hahaha. By the way, thank you kepada korang yang sudi singgah blog, tinggalkan jejak & komen kat blog post yang tak seberapa ni. InsyaAllah, nanti I will blogwalking to yours soon okay? Sekarang ni busy sikit. Sikit la >.<

Baru lepas lunch. Korang lunch apa harini? Lambat sikit lunch. Almaklumlah, my parents tu memang tak boleh kasi chance nak keluar berdua je. Confirm keluar lama. Dating letew kan. Takpelah, redha jelah staying at home alone sebab handle Adi nak pergi sekolah. Rasa macam mak mak sangat dah hahaha. Diorang balik tadi, keluar keluar kereta je Mak panggil pastu dia kata "Mak belikan nasi kerabu ayam kepak kat akak. Upah jaga rumah". Kemain kan Mak pandai bribe sekarang hahaha k k gurau je :P


Ni namanya nasi kerabu tak pure sebab takde ulam-ulaman almaklumlah bukan pencinta sayur :P Tapi sedap kebabom okay. RM5 je!!! Ayam goreng berempah lagi.


Ni mak punya. Ha dengan solok lada semua ada. Ni lauk daging goreng. Complete! RM6 je, murah kan?


Aku ni nama je orang Johor tapi memang hantu nasi kerabu. I can eat Nasi Kerabu every day. Call me insane but I am telling the truth! >.< Nasi dagang pun hantu jugak lah. Eh apa je yang Hazlin ni tak makan ek hahaha. Tapi, kalau Nasi Kerabu pure yang memang kat kampung aku kat Kelantan tu, aku tak boleh makan. Even nenek saudara masak pun I cant eat. Sebab cara masak kot lain. Eh entahlah ek. Mengada sangat tekak ni. Biasalah tekak orang Johor kan hehe. Kalau kat Somban, memang pergi Kedai Mek kat Rasah tu je kalau nak makan nasi kerabu sedap dan murah gila. Kat tempat lain tak pernah jumpa lagi la.


Ni Rabu lepas punya cerita. Tertelan air liur tengok gambar ni woi. Teringin rojak asma dengan rangka ayam dari pasar lambak (aka pasar malam). Start motor, terus pergi beli la dekat je pun hahaha. Beli sikit je sebab ada variety of foods kan. Ayah macam biasa la murtabak daging dia, Haikal dengan apam balik pulut hitam & biasa. Yang lain semua kongsi-kongsi la. 


Ha tadi aku ada cakap aku sibuk sikit kan sekarang? Tu la sekarang ni memang tolong teman Ayah meniaga kat Bazar Karat Pasir Gudang & tapak2 meniaga macam pasar malam dekat area Pasir Gudang ni. Tapi bukannya kerja berat pun, setakat buka khemah, meja, susun segala macam pomade & colour hair wax. Aku, mak and Haikal take turn la teman ayah. Ayah pun dah seronok berniaga, dah taknak dah kerja bawak lori kilang tu. Good for him and his health la sebab dia pun dah 57 this year. Kiranya berniaga ni suka suka la gitu hehe. Mintak mintak luaslah rezeki dalam business ni, amin. Hujung bulan Januari haritu pergi daftar our business kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, alhamdulillah everything went smoothly. Sekarang nak meniaga pun lega je sebab dah legal kan hehe.


Ni gambar masa berniaga kat Pasar Khamis. 


Mulanya business ni Haikal la yang start. Adik aku yang Form 5 tahun ni tu. Tapi sebab dia nak SPM so dia kena slow-kan la his business then Ayah pulak take over. Kitorang memang jual pomade original je. Range price from RM35 to RM45. Memang ambil pomade yang original dan mampu milik! Macam2 jenis ada, Zoods, Hipster, Magnum, Rockabily, Walter etc. Aku rasa ilmu pomade aku ni lagi banyak daripada boys kot hahaha. Colour wax yang macam Aaron Aziz pakai pun kitorang jual jugak, RM35 je. Semoga business ni berkembang and makin masyukkk amin!

Thats's all for now. Nak sambung nervous tunggu result balik hahaha. Bye!

Love, Lynn.

Wednesday, 8 February 2017

Window shopping & carbonara sedap gila!!!

Assalamualaikum and hye everyone!

Rasanya semua UiTM students tengah nervous tunggu 17 Feb kan? Takyah tipu la hahaha. Actually, aku pun tengah nervous jugak ni tunggu result yang dijangka keluar Jumaat depan. Rasa macam nak cepatkan masa sebab boleh kurangkan nervous hihi. Harapnya okay lah, insyaAllah. Rumah sewa baru pun dah settle, tinggal nak bank in duit depo je, terpaksalah balik awal 3 hari sebab nak kemas barang, kemas rumah, beli barang dapur apa semua kan. 

Nak dijadikan cerita, sebab boring punya pasal, 2 hari lepas aku pergi window shopping alone. Yes, alone! Tak pernah sebenarnya. Tapi sebab bosan tunggu mak settle-kan urusan dekat Pejabat Pos, pergi merayau lah kejap. 3 kali tawaf Tesco, Watsons, butik baju, kedai vendor apa semua tapi mak tak siap2 lagi. Punyalah ramai orang. Kalau tak sabar tu, memang tak sanggup nak tunggu turn. Bahagia betul rasanya sebab takde sales assistant dok ikut ke sana sini. Bukan apa, rimas lah kalau ada orang ikut ni. Kalau I really need their help baru aku panggil. Aku dulu kerja sales assistant so aku faham lah perasaan customer yang macam aku ni hahaha. Kadang-kadang bila sales assistant tanya nak apa? Nak je jawab "Nak ketenangan" tapi macam rude pulak kan? Hahaha 

Nak cari foundation je tapi ended up dok try semua lipstick pulak. Tapi tak beli apa pun. Saje nak tengok-tengok.

Lunch - RM10
Ikan keli berlado, ikan kering rumi and ikan dori celup tepung. A bit pricey but so satisfied. Makan dekat food court Tesco tu je. Pukul 4.30pm baru nak lunch sorry perut hahaha.

Aku ni kalau balik Johor memang siang hari jadi anak tunggal mak dengan ayah. Sebab adik adik semua pergi sekolah kan. Lepas Adi pergi sekolah pukul 8 lebih, memang dah routine ayah akan bawak aku dengan mak pergi breakfast kat luar. Yang best kalau bekerja sendiri ni, boleh adjust masa sendiri.

Lunch semalam. Dah taktau nak masak apa so masak nasi hujan panas dengan ayam masak merah je. Simple je, pejam mata pun boleh buat kan? Hehe

Petang pulak Ayah ajar Mak driving. Rasa macam nak tolong mak handle je stereng tu. Rasa macam nak tercabut usus hahaha over! Lepas ajar tu ayah tanya nak pergi mana lagi. Time tu pulak hujan so mestilah lapar. Apa kata kita pergi try makan kat new restaurant, MyKluang. Tempat dia cantik and very comfortable. Tak dan pulak nak ambil gambar sebab fikir nak makan je. Macam macam ada, thai, western, masakan melayu, kek pun ada! Best best!!

4 out of 5 stars
Ayah try Mee Kari. For me, sedap! Tapi takde seafoods pulak dalam ni.

5 out of 5 stars
Sedap gila! Aku dah try carbonara spaghetti kat banyak tempat but this one is da bomb!

4.5 out of 5 stars
Maaflah gambar tak proper gitu. Ayah dah tak sabo sangat time ni nak rasa Mak punya Tortilla Wrap. Macam burger daging tapi pakai tortilla. Haa faham tak? :P Mak dengan ayah berebut-rebut makan ni. Sedap sangat katanya Nak order lagi satu malas pulak hahaha.

Muka happy makan sedap >.< P/s Ni mak ke kakak aku ni hmmmmmm

For me, the prices are affordable. Lagipun memang sedap gila! 

Actually nak share alamat tu. Kot kot la ada orang Pasir Gudang ke Bandar Seri Alam ke nak makan kat sini kan. Should give a try la! Yang aku perasan dia tutup pukul 10.30pm. Location dia pun senang gila nak cari. Dekat dekat dengan area Tesco Seri Alam. Lepasni nak belanja adik-adik sekali. Barulah fair hehe. 

That's all for now! Nak lunch hehe.

Love, Lynn.


Sunday, 5 February 2017

Sneak peek of the so called photoshoot

Assalamualaikum and hye everyone!

This is auto-published post as I write this on 4th Feb on 3am. I just finished eating a bowl of udang goreng kunyit yes I am not even kidding. I dozed off early today and even skipped my dinner. What did I do for the whole day eh? Hahaha >.< So, I would like to give a sneak peek of the so called photoshoot that have been done on 2nd Feb. Saje je nak give a constant updates kat blog ni hehe. These are from my handphone and the raw ones with dslr are still with my friend. I am so excited to see the result!!





One with the photographer, Shahirah.

I memang selalu la jadi bahan experiment dia ni. Nak try lens baru katanya. Ceh! Nanti memasing roger la nak photoshoot kat sana lah kat sini lah. After that, pergi mencekik lah apalagi, ingat tak lapar ke dok senyum pose kat kamera hahaha. Plan dah lama tapi asyik tak jadi because cuti tak sama and kebanyakan masa I tak balik Johor, yep been so busy in Seremban though :P Shes in UKM and I am in UiTM so obviously cuti tak sama kan. Lepasni zaman bila pulak la nak photoshoot2 bagai ni. Nanti bila dah dapat semua gambar, I will surely blog them here, insyaAllah.

That's all for now! I nak sambung tidur balik hehehe. Bye!

Love, Lynn.

Friday, 3 February 2017

Meatballs & IKEA Damansara

Assalamualaikum and hye everyone!

I went to IKEA during last October tapi tu la sekarang baru dapat masa nak share kat blog kan hehe maaf lah >.< Masa tu ada cuti 4 hari including weekend tapi tak balik Johor lah sebab macam time consuming. Ticket bas je dah RM30++ sehala, kalau dua hala? Tambang teksi & bas nak balik rumah lagi? Haaa lebih RM100 semata nak balik Johor so takpelah, kita pergi berjalan eh.

So, aku gerak dari Seremban naik KTM and turun kat Kepong Sentral. Dari Kepong Sentral, ada saudara kawan aku ambil and dia la bawak kitorang ke sana sini. The actual plan is pergi IKEA Cheras tapi ended up pergi IKEA Damansara sebab masa kitorang sampai tu jammed teruk jugak la and that place lagi dekat hehe.


3.75/5 stars
Wajib try katanya. For me, bercinta jugak la nak habiskan 15 ketul ni sebab bila dah lama lama makan tu rasa muak. Bila makan ni, teringat pulak kenangan "dahulukala" hahaha. Sorry la, I dah sampai dulu IKEA before you :P


Tengah sumbat meatball pun mata tu menyempat aje nak tengok orang kannnn


Makanan lagi penting guys

See, dalam gambar pun nampak meja penuh dengan makanan. Padahal yang makannya tiga orang je. Itupun ada foods yang kitorang tak ambil sebab takut tak habis nanti membazir pulak. Air je 3 4 kali refill. Kemain kan! Tapi memang ramai gila orang kat IKEA ni. Nak beratur panjang-panjang nak order foods satu hal, nak cari table satu hal lagi. 3 4 kali jugak la kitorang pusing tempat tu sebab fully crowded. Nak tunggu orang habis makan lagi. Ni kalau bawak family aku ni, memang taklah diorang nak menunggu ye. Sanggup angkat kaki! Hahaha. Tapi disebabkan kitorang muda belia remaja, kitorang waiting patiently acah je padahal dah merungut nak balik :P


Yang sebelah aku tu meatballs ala ala vegetarian kot tak ingat. Chicken wings tu pun katanya wajib try. Tapi for me, biasa je. Untuk peminat chicken wings macam aku ni okay la kot. Takdelah sedap sampai nak meninggal hahaha :P Oh, chicken wings ni kitorang tapau je, tak larat nak makan dah. Too full!


LOVE IT!! Concept kat sini macam romantic2 gitewww I like!


Price pun not bad lah. Nak cakap lebih lebih pun tak berani sebab bukan aku yang bayar hahaha :P Tak sempat pun nak tengok furnitures ke apa semua tu padahal dah plan dah nak OOTD siap kat situ tapi nak buat macam mana kan, nak kejar masa, nak asar, dengan jammed nya lagi. KL kan, bila je tak jammed. Tapi kalau after this ada orang ajak datang sini, make sure bukan hari yang ramai orang lah kot? Hahaha. Parking pun sepuluh kali pusing agaknya baru dapat. Apalah yang korang buat kat IKEA ni sampai susah cari parking. Mungkin kitorang pergi wrong timing ni. mungkin la kan. Tapi overall, such a nice experience :) 

That's all for now. Bye!

Love, Lynn.




Sunday, 29 January 2017

Of semester break & favourite OOTDs

Assalamualaikum and hye. 
(Haa terkejut laa tu seketul hazlin ni update blog kan :P)

May all of you always with His blessings.

Phewww! It has been a long time though. Fyi, I am on semester break. Yes, the title speaks! I dah lama tak write anything for my blog and this is so awkward. Maybe I should just log out this account and shut down my laptop okay I am just kidding! >.<

Nah setepek muka bosan tunggu pengawas peperiksaan kutip kertas masa last day of finals

Third semester is so crazy! Macam roller coaster jugak la. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Normal la, nama pun students kan? Takkanlah hari hari nak mengadap rainbow je yedok? Many unexpected things happened. Permulaan for my semester was not that good. It is more than enough if I say that I dont have any commitments with my opposite gender anymore. Tapi okay la kot sebab we decided to make our own ways. And guess what? We reconcile at the end of the semester. Being friends is okay so why not kan? Tak elokla masam muka lama lama. Somban tu bukan besar pun, pusing pusing jumpa orang sama jugak hahaha. Kalau ada jodoh, ada lah tu. Kalau takde, takdela tu. Bear in mind that Allah's plan is better than us.

Complicated sungguh la jadi adolescent ni. Macam macam hal. Tapi benda benda camtu lah yang akan buat kita lagi kuat. Trust me, you will never know how strong you are until being strong is the only option left. It is proven, though! I am so grateful because surrounded with strong support system. That is what each and every one of us should do. Cari support system yang memang boleh control mood swing kita. Moral of the story, tak payah lah cari someone dulu masa tengah belajar ni dik oi kalau you unable to balance both studies and relationship. For me, a big no la kalau nak ada komitmen yang serious lagi for the time being. Focus on my studies dulu, tu yang penting.

My most strongest support system in university --- Ekin.

My another one strongest support system in university --- Waa.

Nak cerita pasal beginning of the semester pun kemain panjang kan. Semester break ni takde buat apa pun. Duduk rumah je la, qada' tidur yang tak cukup masa finals tu. Awal bulan March baru start Semester 4. Haaa kejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam register jadi pelajar degree :P For now, aku rasa it is way better if I aktif dengan blog ni semula sebelum my busy schedule hits me back x_x

Oh, for this blog kan. Banyak je idea tapi I dont know which one is my priority. Nak spam gambar favourite OOTD in 2016 laa (ada terselit satu from 2017 :P). Dah nak habis January 2017 pun but I dont care! Hahaha. Em, ada la dalam 9 keping gituh. Sorry la, OOTD pun semuanya kat campus je. 


Belakang tu my favourite tasik. Nampak gazebo tu? Haa. Banyak kenangan kat situ :) 


This is for law's presentation. My very first time in full black suit (excuse the shoes though). 

Sebab ustaz cancelled CTU's presentation at very last minute, kita photoshoot lah dah tak tahu nak buat apa kelas habis awal :P

After ENT's business pitching. Lega woi. I will update on my next next next post for this business's project. Drama swasta banyak aihhhhhh! Tapi lega sebab it is a success!

After the real one CTU's presentation. Acah acah photoshoot dengan tema "Pulanglah Berhari Raya"


After MPS's presentation. Tak UiTM Seremban 3 lah kalau takde background camni hehe.

For meeting kokurikulum --Sport Event Management.

Last day of finals. Ceroboh fakulti sportrec sebab nak background kelabu hahaha :P

So, which one is your favourite?? Do comment down below. Haa, memang ada orang nak komen pun hahaha perasan. Okay la got to go, bye! Have a nice day!

Love, Lynn.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...