Monday, 13 February 2017

4 more days

Assalamualaikum and hye everyone!

Ha kemain tajuk acah curiouscat. Apa yang dok counting sangat tu? Result finals la, 4 hari je lagi. Bukan counting the days nak kawin ye. Calon pun belum ada hahaha. By the way, thank you kepada korang yang sudi singgah blog, tinggalkan jejak & komen kat blog post yang tak seberapa ni. InsyaAllah, nanti I will blogwalking to yours soon okay? Sekarang ni busy sikit. Sikit la >.<

Baru lepas lunch. Korang lunch apa harini? Lambat sikit lunch. Almaklumlah, my parents tu memang tak boleh kasi chance nak keluar berdua je. Confirm keluar lama. Dating letew kan. Takpelah, redha jelah staying at home alone sebab handle Adi nak pergi sekolah. Rasa macam mak mak sangat dah hahaha. Diorang balik tadi, keluar keluar kereta je Mak panggil pastu dia kata "Mak belikan nasi kerabu ayam kepak kat akak. Upah jaga rumah". Kemain kan Mak pandai bribe sekarang hahaha k k gurau je :P


Ni namanya nasi kerabu tak pure sebab takde ulam-ulaman almaklumlah bukan pencinta sayur :P Tapi sedap kebabom okay. RM5 je!!! Ayam goreng berempah lagi.


Ni mak punya. Ha dengan solok lada semua ada. Ni lauk daging goreng. Complete! RM6 je, murah kan?


Aku ni nama je orang Johor tapi memang hantu nasi kerabu. I can eat Nasi Kerabu every day. Call me insane but I am telling the truth! >.< Nasi dagang pun hantu jugak lah. Eh apa je yang Hazlin ni tak makan ek hahaha. Tapi, kalau Nasi Kerabu pure yang memang kat kampung aku kat Kelantan tu, aku tak boleh makan. Even nenek saudara masak pun I cant eat. Sebab cara masak kot lain. Eh entahlah ek. Mengada sangat tekak ni. Biasalah tekak orang Johor kan hehe. Kalau kat Somban, memang pergi Kedai Mek kat Rasah tu je kalau nak makan nasi kerabu sedap dan murah gila. Kat tempat lain tak pernah jumpa lagi la.


Ni Rabu lepas punya cerita. Tertelan air liur tengok gambar ni woi. Teringin rojak asma dengan rangka ayam dari pasar lambak (aka pasar malam). Start motor, terus pergi beli la dekat je pun hahaha. Beli sikit je sebab ada variety of foods kan. Ayah macam biasa la murtabak daging dia, Haikal dengan apam balik pulut hitam & biasa. Yang lain semua kongsi-kongsi la. 


Ha tadi aku ada cakap aku sibuk sikit kan sekarang? Tu la sekarang ni memang tolong teman Ayah meniaga kat Bazar Karat Pasir Gudang & tapak2 meniaga macam pasar malam dekat area Pasir Gudang ni. Tapi bukannya kerja berat pun, setakat buka khemah, meja, susun segala macam pomade & colour hair wax. Aku, mak and Haikal take turn la teman ayah. Ayah pun dah seronok berniaga, dah taknak dah kerja bawak lori kilang tu. Good for him and his health la sebab dia pun dah 57 this year. Kiranya berniaga ni suka suka la gitu hehe. Mintak mintak luaslah rezeki dalam business ni, amin. Hujung bulan Januari haritu pergi daftar our business kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, alhamdulillah everything went smoothly. Sekarang nak meniaga pun lega je sebab dah legal kan hehe.


Ni gambar masa berniaga kat Pasar Khamis. 


Mulanya business ni Haikal la yang start. Adik aku yang Form 5 tahun ni tu. Tapi sebab dia nak SPM so dia kena slow-kan la his business then Ayah pulak take over. Kitorang memang jual pomade original je. Range price from RM35 to RM45. Memang ambil pomade yang original dan mampu milik! Macam2 jenis ada, Zoods, Hipster, Magnum, Rockabily, Walter etc. Aku rasa ilmu pomade aku ni lagi banyak daripada boys kot hahaha. Colour wax yang macam Aaron Aziz pakai pun kitorang jual jugak, RM35 je. Semoga business ni berkembang and makin masyukkk amin!

Thats's all for now. Nak sambung nervous tunggu result balik hahaha. Bye!

Love, Lynn.

9 comments:

  1. Dulu x suka makan nasik kerabu, tapi sbb lately nu selalu bercuti kt kelantan jadi jatuh cinta pulak dgn nasi kerabu.

    Jiran saya org kelantan pun jual nasi kerabu gak, mmng badabom sedap gila air tangan beliau,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha macam tu pulak ye dik. Bolehlah selalu dapat free nasi kerabu daripada jiran >.<

      Delete
  2. huhuhu.. sedapnye nasi kerabu tu.. favourite Nurul.. lagi2 kalau warna biru.. lagi selera nak makan.. hehehe :D


    jemput singgah ye :)
    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagi2 ada budu pehh memang sedap! Terima kasih sudi singgah :)

      Delete
  3. goodluck utk result final nnt! Sy lama dh takmakan nasi kerabu. Last makan tahun 2013, kot XD hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww thank you Anis! Aik kenapa lama sangat tu hahhaa

      Delete
  4. Lunch saya tadi nasik dgn telur masin je.
    Malam oun serupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin pulak nasi dengan telur masin. Makan pulak dengan nasi panas2 pehhh!

      Delete
  5. Saya tak pernah try lagi makan nasi kerabu even kawan kawan semua kemaruk sangat nasi kerabu haha mungkin sebab warna biru dia yang buat saya ragu ragu nak makan hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...