Wednesday, 15 February 2017

Projek Ampai Ampai

Assalamualaikum and hye everyone!

Haritu I ada janji nak share dengan you guys pasal projek untuk subjek business I kan? Hehe terlambat pulak tapi takpe janji ada share kat sini so esok esok dah tua ke anak cucu semua boleh baca so bolehlah ingat balik susah payah nak siapkan projek ni. Gitu!

This project is a requirement under subject ENT 530: Principles of Entrepreneurship. Ni untuk Semester 3 kitorang lah. The most crucial part among all. For your information, I memang tak minat langsung business (yes, walaupun our family run a business) so I thought I wont be able to carry this paper. Tapi, bila dah belajar and selalu sangat buat ulangkaji (yelah, sedar diri tak berapa nak cerdik & taknak fail), I jatuh cinta dengan subject ni. Ni la subject paling favourite. Accounts boleh jatuh nombor dua tau dalam favourite list. Lecturer pun best gila walaupun orang lain kata sebaliknya. Punyalah gigih I study subject ni hahaha. Tests, quizzes alhamdulillah semua flying colours. Final paper taktau lagi la. Counting the days, tik tok.

Dah kata tadi the most crucial kan? Sebab projek ni jugaklah kitorang boleh ada perselisihan faham siap ada sorang tu declare putus kawan dengan kitorang & dia dah unfollow our socmed and I baru tahu benda ni few days ago. Tapi takpelah, tak rugi pun hilang kawan yang sebegitu rupa. Kalau case dalam team pun you cant handle, esok esok bila dah kerja taktaulah kan. Pandai pandai lah kau nak hidup hahaha. Okay tutup cerita pasal orang yang kurang common sense tu. Meh tengok gambar.

I dah bahagikan subheading for every parts, so senang korang nak baca. Almaklumlah entry ni agak panjang ye.


Part 1: Tukar projek

Ni logo syarikat kitorang. Konsep minimalis gitu hehe.

Ni malam paling gila.

 At first kitorang plan nak buat Sensor kereta bahagian depan siap ada airbag. Dah siap hantar weekly report dah. Madam pun approved and sangat suka dengan idea kitorang. Tapi after 2 weeks kitorang discuss, kitorang stucked. Yes, masing-masing mata dah berair. Acah je kental kan taknak nampak lemah hahaha. Malam tu jugak kitorang plan nak buat projek baru which is Ampai Ampai atau nama glamour dia, Ampaian Automatik

Reason? Lagi mudah nak buat prototaip and barang pun tak mahal. I memang otak finance sikit padahal budak admin hahaha. Malam tu jugak kitorang siapkan 2 weekly reports, siap dengan lakaran prototaip. Memula lepas isyak sampai pukul 12am kitorang buat kat campus. Pastu kena halau dengan Polis Bantuan eee kuangaja sangat ni takde common sense. Then angkut 2 orang ahli yang duduk kolej balik rumah sewa kitorang. Nasib baik yang lagi 3 ni serumah. Then, stay up sampai ke pagi tahap mata kuyu kejap bukak kejap tutup dok menaip report. Bayangkan lah. Kena pulak I memang kumpul semua details dalam report haaa lagi gila. 


Part 2: Approval from Madam

Pagi lepas stay up tu around 10.30am pergi jumpa Madam pulak sebab nak approval. Kitorang pergi 2 orang je sebab yang lain ada hal ada ada yang tertidur so takpe, kita considerate la kan apedehal. Dalam team ni kena give and take. Kalau benda sikit nak kecoh nak sentap, masalah la. I dengan member I tu siap buat presentation free depan Madam, tunjuk lakaran semua lah. Report nak kena hantar before 12pm tu. tinggal berapa jam je lagi. I memang terkejar-kejar la. Dah macam zombie. Kebetulan terserempak dengan member yang ada class on that day, diorang siap tegur kata nampak I macam zombie sangat. Memang bare face. Baju pun pakai baju semalam hahaha tak perasan weh >.< Luckily Madam suka dengan idea baru ni jugak. Madam bagi kelonggaran hantar report lambat sikit tapi takpe kita hantar je semua sebab dah siap kan. Efficient!


Weekly meeting. Muka acah bahagia tapi semua sleepless lagi2 yang tudung coklat tu kan? Nampak sangat hahaha

Sleep deprived people


Part 3: Beli barang & buat prototaip

Okay bila dah third last week of the semester, maknanya dah kena start buat prototaip sebab kena present masa second last week. First kita pergi cari barang nak buat prototaip. 3 orang; I, Ekin & Dayang ditugaskan untuk buat prototaip. Disebabkan free time masing-masing tak sama, masalah transport & pembahagian kerja yang agak lewat oleh ketua (yelah semua tengah gila kejar deadline assignments macam2) so kitorang beli barang 3 hari sebelum business pitching. Business pitching ni kiranya presentation la gitu. Then, I decided untuk beli barang haritu jugak no matter what. Pergi Mydin sebab barang kat situ murah. Hahaha bagus kan bakal isteri siapa lah ni. Bijak mengurus kewangan keluarga. Ek eh? :P

Budak berdua ni sampai dah buat Mydin tu macam rumah sendiri. Ni nak pilih suitable paper nak dijadikan alas base je tau!! 2 jam ye pusing cari barang, nak fikir lagi sesuai ke tak, convenient ke tak, budget cukup ke tak. Camni pun orang kata kita tak buat kerja. Takpelah, Allah lagi tahu kan hehehe.


Confuse jap. Ni cari barang hantaran ke barang projek business ni? Hahaha. Okay ni my most favourite part in Mydin. Mesti masuk bahagian ni even taknak beli apa-apa. I je ke yang gila?

Balik dari Mydin around 7pm macamtu terus gerak campus, tak balik rumah pun. Stay kat bilik BacAS je (bilik persatuan ye). Sebab nak siapkan jugak as soon as possible. Sebabnya week yang kena business pitching tu kitorang ada roleplay Mandarin jugak & kena hantar assignments for other subjects. Hectic gila I tell you. Nak nangis rasa tapi nak buat macam mana kan. Dah nama pun student. 

Ni untuk base ye. Kerja yang teliti macam potong benda alah ni, sambung apa semua memang bagi kat I je hahaha.


Satu hari setengah ye nak siapkan prototaip di sebalik kain maroon tu. Mampu? Orang lain pun lama nak siapkan benda alah prototaip ni.

Time ni malam okay. Dari tingkat 7 ke 8 kolej perempuan, kita angkut bawak pergi faculty. Jalan kaki je. Nak simpan dalam bilik BacAs sebab dekat dengan tempat business pitching sebab esoknya hari presentation. Orang dari kolej ke medan ke fakulti semua pandang kitorang pelik je k. Apalah perempuan 3 orang ni bawak agaknya.

Inilah dia projek kitorang!! Ampai Ampai. Kemain kan siap ada kimono bagai.


Part 4: Today is the day!! 20 Dec 2016

Ye memang tak cukup tidur. Tepek lipstick & mascara sikit taknak bagi nampak pucat sangat. Time ni tak pandai draw eyebrow lagi. Sekarang dah pandai sikit hewhew.


Orang orang kuat prototaip: I, Dayang & Ekin.

So called booth. Theme: Black chocolate.


We are done yeay!!

Our class ada 4 projects which are Multifunctional Bed, Ice-Cream Machine, Alarm Pillow & Ampai Ampai. Gila kentang nama projek kitorang je macam sesuatu sangat hahaha :P Kitorang dinilai bukan oleh lecturer sendiri ye. Panel luar yang evaluate kitorang. Memula takut gila sebab tak kenal 2 orang panel tu. Madam pulak selamba je tinggalkan kitorang dengan panel tu. Tapi bila dia datang dari 1 group to another rasa okay je sebab diorang sempoi! Kitorang group ketiga present. I rasa tu la the best presentation yang I pernah buat hahaha :P

That's all for now. Bye!

Love, Lynn.



1 comment:

  1. thanks for sharing! kite pun tgh hadap keje ENT ni this sem. jadi bahagian marketing, nak kena mendesign-design, pastu dgn reportnya lagi, esaimen lain lagi nk kena hadap T__T stress jap kepala otak ni hahaha

    kitorag alhamdulillah takde sampai gaduh2 nk siapkan keje kumpulan ni. smu masih ada rasa tanggungjawab

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...