Sunday, 19 February 2017

Short escape to Malacca (23.09.2016)

Assalamualaikum and hye everyone!

Gigih sangat ni rajin update blog sekarang. Semua ni auto published ye. Bila ada free time banyak sikit, ha bertapa dalam bilik siapkan draft blog sebanyak yang boleh. Nak edit gambar lagi letak watermark lah apa. Target sekarang memang nak update semua draft yang tertangguh lama sebab busy study. Lama sangat menyepi. Bayangkan lah, pergi tempat tu dah berzaman, ada yang masa Semester 1 & 2. Semester 3 pun ada jugak. Tak kira, nak share jugak simpan buat kenangan hehe.

Mula-mula kitorang pergi tukar kad bank je kat bandar Seremban tu. Then, rasa macam nak pergi somewhere sebab kebetulan on that week masing-masing stress sebab susah sikit nak adapt dengan Semester 3. Time ni masih awal sem lah. Lecturer macam2 perangai dengan tugas assignment yang agak susah, dengan cara penandaan lecturer yang cerewet sampai sakit jiwa dibuatnya. Homesick pun ye jugak kot. Tapi aku macam biasa la, gagah perkasa kononnya :P


Lepas settle urusan kat bank, kena redah jammed teruk pulak. Masa otw balik tu la kitorang voiced out tiga tempat which are Kuala Lumpur, Melaka & Port Dickson. Sebulat suara tiga-tiga pilih Melaka setelah fikir baik buruknya ecewah! Masa otw ke Melaka tu baru call parents masing-masing. Ha gelabah baru nak mintak izin. Dahlah tiga-tiga anak dara. Nasib baik Mak dengan Ayah tak banyak bunyi. Bukan selalu anak dia buat kerja gila hahaha.

Terus masuk drive thru McD sebab malas nak dine in. Plan makan dalam kereta jelah sebab dah nak pukul 7pm. Kalau boleh nak sampai sebelum Isyak. Kereta kemain banyak atas highway tapi Dayang relax tekan minyak. Memang laju gila la. Sampai tol Ayer Keroh dah pukul 7.40pm macam tu. Then, berhenti kat Petronas tumpang solat, tunggu Isyak sekali, rehat jap bagi Dayang makan McD tadi. Aku dah habis lama dah hahaha. Dalam pukul 9.30pm baru sampai Bandaraya Melaka. Muka bercahaya je masing-masing. Cari parking dekat dengan tempat cruise tu, pastu jalan kaki la merayap hehe.

Tempat wajib selfie kan ni? Hehe


Jonker Walk Night Market

For me, Jonker Walk ni takde apa pun. Orang cina je yang meniaga. Jonker Walk Night Market ni memang tempat khas la for the chinese untuk menjual. Tapi nak beli apa-apa foods pun kurang yakin. Nampaklah bebola rotan yang lampu-lampu tu tapi tak beli sebab plan memang nak berjalan je. Duit pun tak berapa nak ada kalau nak shopping2 ni. Cheap thrills la kiranya ni hahaha. Lagipun bukan first time pergi Melaka. Sebelum ni pernah pergi dengan family tapi tak pergi Jonker Walk ni pun.



Ha tempat ni best. Best sebab barang-barang dia comel gila! Design and decorations dalam tempat ni pun so beautiful. Aku memang pantang kalau nampak tempat yang ada interior design cantik cantik ni. Geram je rase! Apalagi, bergambar la hehe. Tapi sekali lagi, cuci mata je.



Ramai kawan-kawan aku whatsapp tanya pergi bercuti kat mana bila aku share gambar ni kat twitter. Lawa sangat tempat yang kitorang pergi. Bila cakap pergi Melaka, katanya kita menipu pulak hahaha adui la. Melaka je, tak mampu nak pergi China lagi. Someday, insyaAllah hehehe.


Nice kan?

Then, lepas habis jelajah Jonker Walk, lepak jap kat Malacca River. Tengok cruise yang lalu bawah tu sambil berborak, gelak-gelak. Memang taknak fikir assignment ke apa. Nak relax je gitu. Then, lalu kat restoran and cafe yang ada sepanjang river tu. MashaAllah rasa macam duduk kat oversea dah. Kebetulan masa kitorang lalu, ada this one guy buat surprise kat his girlfriend/tunang/wife dia. Meriah dengan balloons, flower petals, bouquet of flower, tepi sungai & boleh nampak river cruise lalu pulak tu, memang romantik sangat! Lepastu kitorang bertiga tetiba jadi sendu sebab masih single hahaha.


Tengah-tengah tu la Jonker Walk. Penuh beca warna warni kat situ. Sesak sebab ramai sangat orang.


After that ingat nak lepak pantai. Tapi sebab dah malam, confirm la gelap. Takut pulak kan. Terus gerak balik Seremban. Memang tak plan nak tidur sana pun padahal ada je saudara stay kat sana. Kitorang sampai rumah sebelum tengah malam. Balik, sampai rumah masing-masing terus terbongkang. Lega sikit rasa sakit kepala sebab assignments lah apa tu. Kebetulan kitorang pergi hari Jumaat. So, weekend tu kitorang back to reality. Sambung buat assignments, soalan tutorial, prepare untuk presentations apa semua. Sekali sekala keluar dengan kawan-kawan ni seronok jugak. Tapi konsep cheap thrills ye. Takdelah macam orang lain sampai pergi holiday 3 hari 2 malam bagai. Apa yang penting, quality time yang kita spend dengan diorang kan.

That's all for now. Bye!

Love, Lynn.

1 comment:

  1. short + unexpected trip macam ni lah yg paling syok kan! hahaha bestnyaaa lama dah plan nak pergi melaka dengan kawan2 tapi biasalah kalau namanya plan memang tak menjadi hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...