Wednesday, 8 February 2017

Window shopping & carbonara sedap gila!!!

Assalamualaikum and hye everyone!

Rasanya semua UiTM students tengah nervous tunggu 17 Feb kan? Takyah tipu la hahaha. Actually, aku pun tengah nervous jugak ni tunggu result yang dijangka keluar Jumaat depan. Rasa macam nak cepatkan masa sebab boleh kurangkan nervous hihi. Harapnya okay lah, insyaAllah. Rumah sewa baru pun dah settle, tinggal nak bank in duit depo je, terpaksalah balik awal 3 hari sebab nak kemas barang, kemas rumah, beli barang dapur apa semua kan. 

Nak dijadikan cerita, sebab boring punya pasal, 2 hari lepas aku pergi window shopping alone. Yes, alone! Tak pernah sebenarnya. Tapi sebab bosan tunggu mak settle-kan urusan dekat Pejabat Pos, pergi merayau lah kejap. 3 kali tawaf Tesco, Watsons, butik baju, kedai vendor apa semua tapi mak tak siap2 lagi. Punyalah ramai orang. Kalau tak sabar tu, memang tak sanggup nak tunggu turn. Bahagia betul rasanya sebab takde sales assistant dok ikut ke sana sini. Bukan apa, rimas lah kalau ada orang ikut ni. Kalau I really need their help baru aku panggil. Aku dulu kerja sales assistant so aku faham lah perasaan customer yang macam aku ni hahaha. Kadang-kadang bila sales assistant tanya nak apa? Nak je jawab "Nak ketenangan" tapi macam rude pulak kan? Hahaha 

Nak cari foundation je tapi ended up dok try semua lipstick pulak. Tapi tak beli apa pun. Saje nak tengok-tengok.

Lunch - RM10
Ikan keli berlado, ikan kering rumi and ikan dori celup tepung. A bit pricey but so satisfied. Makan dekat food court Tesco tu je. Pukul 4.30pm baru nak lunch sorry perut hahaha.

Aku ni kalau balik Johor memang siang hari jadi anak tunggal mak dengan ayah. Sebab adik adik semua pergi sekolah kan. Lepas Adi pergi sekolah pukul 8 lebih, memang dah routine ayah akan bawak aku dengan mak pergi breakfast kat luar. Yang best kalau bekerja sendiri ni, boleh adjust masa sendiri.

Lunch semalam. Dah taktau nak masak apa so masak nasi hujan panas dengan ayam masak merah je. Simple je, pejam mata pun boleh buat kan? Hehe

Petang pulak Ayah ajar Mak driving. Rasa macam nak tolong mak handle je stereng tu. Rasa macam nak tercabut usus hahaha over! Lepas ajar tu ayah tanya nak pergi mana lagi. Time tu pulak hujan so mestilah lapar. Apa kata kita pergi try makan kat new restaurant, MyKluang. Tempat dia cantik and very comfortable. Tak dan pulak nak ambil gambar sebab fikir nak makan je. Macam macam ada, thai, western, masakan melayu, kek pun ada! Best best!!

4 out of 5 stars
Ayah try Mee Kari. For me, sedap! Tapi takde seafoods pulak dalam ni.

5 out of 5 stars
Sedap gila! Aku dah try carbonara spaghetti kat banyak tempat but this one is da bomb!

4.5 out of 5 stars
Maaflah gambar tak proper gitu. Ayah dah tak sabo sangat time ni nak rasa Mak punya Tortilla Wrap. Macam burger daging tapi pakai tortilla. Haa faham tak? :P Mak dengan ayah berebut-rebut makan ni. Sedap sangat katanya Nak order lagi satu malas pulak hahaha.

Muka happy makan sedap >.< P/s Ni mak ke kakak aku ni hmmmmmm

For me, the prices are affordable. Lagipun memang sedap gila! 

Actually nak share alamat tu. Kot kot la ada orang Pasir Gudang ke Bandar Seri Alam ke nak makan kat sini kan. Should give a try la! Yang aku perasan dia tutup pukul 10.30pm. Location dia pun senang gila nak cari. Dekat dekat dengan area Tesco Seri Alam. Lepasni nak belanja adik-adik sekali. Barulah fair hehe. 

That's all for now! Nak lunch hehe.

Love, Lynn.


7 comments:

  1. selalu datang sini jugakk tapi makan bun dengan minum kopi je. macam sedap je carbonara tu. cravinggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe memang sedap gila! Nanti try la okay :)

      Delete
    2. hehehe tu lah. tetibe mengidaamm hahah akan diusahakan dalam minggu ni atau minggu depan ekekeke. sanggup tau!

      Delete
  2. mahai jugak lauk ikan keli tu sampai rm10
    dah lama x makan carbonara. kalau adik beradik kite yg lain lebih prefer bolognese sbb diorang kata carbonara ni muak, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kan? Tapi dah nak makan, bayar jelah hahaha >.< My siblings tak suka spaghetti. Chicken chop jelah paling2 pun. Akak je tekak western sikit hahaha.

      Delete
  3. lemah betul ina kalau baca entry yg ada gmbr makanan ni hahah. dia automatik jd lapar tau even dah makan :') carbonara tu nampak sedap sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Sorry Ina hahaha >.< Memang sedap sangat!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...